CIRI-CIRI UNIK

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Formula unik dengan rumusan Sistem Hydric & Lipidic (larut minyak dan larut air) merupakan gabungan dua formula yang luar biasa dalam satu rekaan. Terdapat banyak manfaat dalam satu botol serum ajaib ini, selain menjadikan kulit semakin muda, ia juga berfungsi menganjalkan kulit serta mengembalikan keelastikannya, mengurangkan kedutan, meratakan ton kulit dan mengecilkan pori-pori. Serum ini juga mempunyai enam ciri keunikannya yang tersendiri iaitu: Keberkesanan yang tidak seimbang dengan Hydric+Lipidic System yang mana formula berganda ini bertindak sebagai bahan utama dalam antipenuaan. Memfokuskan kepada lima fungsi vital kulit iaitu penghidratan, nutrisi, pengoksigenan, perlindungan dan pertumbuhan. Sebanyak 20 ekstrak tumbuhan yang digunakan bertindak balas dengan semua jenis kulit dan umur. Ekstrak Cangzhu menyasarkan G protein untuk membantu merangsang keberkesanan bahan tumbuhan aktif yang lain dengan meningkatkan penerimaan sel-sel untuk jaringan luar. Bumbu ekstrak turut merangsang dan mencergaskan fungsi penting kulit untuk lebih berseri dan tampak muda remaja. Tekstur unik hasil gandingan gel dan krim memberi keselesaan pada kulit malah harumannya juga menenangkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.