Divine Cream (50ml, RM455)

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Selepas empat tahun menjengah pasaran, L’Occitane kini memperkenalkan formula serba baru bagi rangkaian produk antipenuaan terlarisnya, Immortelle Divine. Rangkaian ini disempurnakan dengan kehadiran Divine Lotion, melengkapkan rangkaian sebelum ini yang dibarisi Divine Extract, Divine Cream dan Divine Eyes.

Ciri antipenuaan bunga Immortelle Corsica diperkasakan hasil gabungan tujuh bahan aktif semula jadi, iaitu Marsh Clover, Corsican Myrtle, Madu Corsica, Bellis Perennis, asid hialuronik, minyak Evening Primrose dan minyak Camelina. Gabungan ramuan aktif semula jadi ini bertindak dalam sel kulit untuk menangani semua tanda penuaan dan memberi nafas baru kepada kulit. Rangkaian Immortelle Divine

Divine Lotion (200ml, RM190)

Tekap losen pada muka dengan menggunakan tapak tangan atau pad kapas, dari tengah ke telinga, elakkan mata. Usap perlahan dari hidung ke dahi, berakhir di pelipis. Dari pelipis, luncurkan tapak tangan ke leher dan tekap tapak tangan pada leher selama beberapa saat.

Sapu pada muka dengan mengusap lembut menggunakan tapak tangan. Urut leher dengan mengusapnya ke atas, kemudian muka dan dahi, dari tengah ke tepi. Elakkan sekitar mata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.