BAHAYA PENAGIH ONANI

KEGAGALAN FUNGSI SEKSUAL SERING DIKAITKAN DENGAN LELAKI SEBAGAI MATI PUCUK. BAGAIMANA JIKA IA BERLAKU SEBALIKNYA?

EH (Malaysia) - - Seks -

Jangan tidak tahu, kegagalan fungsi seksual atau hilang minat untuk melakukan hubungan seks bersama pasangan juga boleh dialami wanita dan ia dikenali sebagai mati putik. Perihal ini menyebabkan ketidakseimbangan keinginan lalu mendatangkan rasa tidak puas hati dan masalah yang berpanjangan dalam rumah tangga.

MATI PUTIK

Mati putik boleh ditafsirkan sebagai perkara yang sama berlaku apabila lelaki mati pucuk. Lambat klimaks serta gagal menghayati keseronokan hubungan bersama pasangan adalah antara ciri-ciri wanita menderitai mati putik. Ini berlaku disebabkan gangguan urat saraf dalam pengaliran darah ke bahagian alat sulit. Walaupun dirangsang, wanita itu kurang berminat dengan seks. Sekali gus tiada penghasilan cairan di bahagian alat sulit yang berfungsi sebagai ‘pembantu’ dalam hubungan suami isteri. Pabila kurangnya cairan ini, kesakitan dan rasa benci terhadap hubungan kelamin bersama pasangan akan timbul.

MENGAPA BERLAKUNYA MATI PUTIK?

Ada dua sebab utama yang menyebabkan masalah ini:

FIZIKAL

Penyakit kronik seperti sakit jantung atau diabetes yang mengakibatkan gangguan saraf di bahagian hujung anggota badan seperti jari kaki dan kemaluan.

Penggunaan dadah dan alkohol yang tidak terkawal.

Anemia atau kekurangan darah yang menyebabkan badan sentiasa berasa letih. Trauma sakit bersalin. Kekerapan melakukan onani pada usia muda. Pengambilan ubat-ubatan. Kurang hormon tertentu dalam badan.

PSIKOLOGI

Terlalu sibuk dengan kerjaya, kebajikan anak-anak dan kerja di rumah yang mengakibatkan stres.

Pasangan mempunyai wanita lain yang menyebabkan rasa tidak percaya dan kurang rasa cinta.

Cemas dan takut dengan hubungan seksual.

Sejarah penderaan seksual. Salah satu sebab mati putik dan mati pucuk adalah ketagihan dan kekerapan melakukan onani pada usia muda. Jika anda lakukan dengan kasar dan tekanan yang diberikan kepada alat sulit menyebabkan bengkak, ia akan menunjukkan kesannya apabila anda berkahwin kerana melakukan hubungan seks secara normal dan terangsang dengan aktiviti onani adalah berbeza. Fitrah manusia untuk mengecap kepuasan klimaks itu adalah menerusi hubungan seks bersama pasangan berlainan jantina, kerana itu elakkan tabiat onani kerana ia mendatangkan masalah berpanjangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.