KES PENDERAAN DOMESTIK DI MALAYSIA

Wanita selembut sutera, penerus kehidupan dan juga penghias dunia.

EH (Malaysia) - - Etika -

Walau dalam apa agama dan budaya, wanita menjadi lambang kecantikan dan kemuliaan tamadun manusia. Merekalah ibu, teman, kekasih dan juga isteri yang berupaya mencorak indah dunia. Namun, atas ketidakprihatinan dan kekejaman sesetengah pihak, wanita dijadikan sebagai tempat melampias nafsu dan amarah. Maruah mereka diperkotakkatikkan dan dipandang sebelah mata, walhal mereka juga adalah manusia yang punya hati dan perasaan. Jika dilihat di dada akhbar, kes penderaan wanita di Malaysia semakin membimbangkan, lebih-lebih lagi yang melibatkan penderaan domestik. Penderaan domestik secara amnya adalah mereka yang didera oleh individu yang dikenali dan melibatkan orang terdekat seperti suami, adik beradik, keluarga mentua atau ibu bapa. Catatan kes yang meningkat ini turut dibimbangi Pegawai Kerja

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.