KES POPULAR

EH (Malaysia) - - Etika -

KETIDAKADILAN KES SAHAR GUL Di Afghanistan, adalah menjadi perkara biasa untuk kanak-kanak berkahwin. Pada usia 12 tahun, Sahar Gul dikahwinkan secara paksa oleh keluarganya dengan seorang lelaki berusia 30-an. Keluarga mentuanya menyeksa tanpa belas dan memaksa dia menjadi pelacur. Enam bulan kemudian, Sahar Gul ditemui di bilik bawah tanah dengan tangan dan kakinya berikat. Gadis ini dipercayai dipukul dengan benda tajam di keseluruhan badan, termasuk alat sulitnya. Ada kesan cucuhan rokok dan kukunya dicabut. Tiga ahli keluarga mentuanya ditahan, manakala suaminya berjaya melepaskan diri. Mereka dijatuhkan hukuman 10 tahun penjara, namun dibebaskan setahun kemudian. Ini menyebabkan Sahar Gul hidup dalam ketakutan. Dia kini tinggal di rumah perlindungan wanita Kabul. LISSETTE OCHOA Julai 2006, Ochoa dan suaminya Rafael Dangond menghadiri majlis perkahwinan saudara terdekat. Ochoa menikmati masa gembira dengan menari bersama rakan-rakan lama dan membangkitkan cemburu Dangond yang mabuk. Dangond kemudian memaksa Ochoa untuk pulang. Ketika di luar bar, Ochoa teruk dibelasah dan terus dipukul di dalam kereta selama 2 jam sehingga sampai di rumah. Ochoa meminta bantuan ayahnya dan diselamatkan dari suaminya. Kes ini mendapat perhatian umum, suaminya dipenjara 3 bulan sebelum dibebaskan. Ochoa memaafkan suaminya dan kembali bersama. Ramai yang tidak berpuas hati dan Ochoa dikatakan mula menjauhkan diri daripada keluarga. Sahar Gul ketika ditemui di rumah mentuanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.