SIAPA YANG BOLEH MEMBANTU?

EH (Malaysia) - - Etika -

Kebanyakan kes penderaan tidak berjaya untuk didakwa kerana ramai yang takut untuk tampil membuat aduan atau menarik balik aduan atas alasan menyayangi pasangan. Jika mereka sayangkan anda, mereka tidak akan melakukan kekerasan ini. PERTUBUHAN-PERTUBUHAN WANITA Hanya dail dan bercakap dengan pekerja sosial yang bertugas, anda bakal mendapat informasi bagi menangani masalah yang dihadapi berhubung kaunseling, mendapatkan perlindungan atau menghubungi hospital, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan mahkamah. Anda tidak keseorangan. UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA Keganasan domestik berlindung di bawah Akta Keganasan Rumahtangga 1994 yang mengiktiraf keganasan domestik sebagai satu jenayah. Undangundang Syariah pula menegaskan ia adalah satu penganiayaan kepada isteri dan boleh dihukum penjara, denda atau isteri berhak menuntut cerai. PERINTAH PERLINDUNGAN SEMENTARA Suatu perintah mahkamah yang melarang suami daripada melakukan keganasan terhadap anda atau anak-anak. Ini untuk memastikan keselamatan anda ketika siasatan polis dilakukan. Anda boleh memohon perlindungan ini daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.