Masa Dan Produktiviti

“TIME IS WHAT WE WANT MOST, BUT WHAT WE USE WORST.” – WILLIAM PENN

EH (Malaysia) - - Kerja -

Terima kasih kepada teknologi pantas hari ini, setidaknya seorang pensyarah mampu menggunakan sistem e-mel untuk berkongsi info bersama pelajarnya dan seorang kaki tangan kerajaan tidak perlu lagi sibuk membuat fotokopi borang-borang urusan rasmi kerana semuanya boleh dibuat di atas talian. Masa yang ada semakin jimat dan produktiviti kerja sewajarnya semakin kemas tersusun. Tetapi sebahagian kita masih lagi terjerat dengan sikap malas yang menjerat produktiviti dan penggunaan masa yang tidak efektif di pejabat.

LAMBAKAN KERJA BUKAN ALASAN

Ramai yang menganggap lambakan kerja dengan masa yang singkat menjadi kekangan bagi memberi yang terbaik kepada apa yang ditugaskan. Sedikit sebanyak ia mungkin akan memberi kesan kepada kualiti kerja tetapi bukan secara keseluruhannya. Sekadar memetik kata-kata Henry David Thoreau “It’s not enough to be busy, so are the ants. The question is, what are we busy about?” Jika anda bijak mengurus masa dan korbankan sedikit waktu sosial yang boleh diganti di hujung minggu pasti tiada masalah timbul. Ingat lagi pepatah Melayu, di mana ada kemahuan di situ ada jalan!

“Saya selalu percaya kepayahan itu

satu motivasi dalam mendapatkan apa yang kita mahu. Ia mampu menjadikan diri kita lebih kuat menghadapi

apa jua hal” – ANDREW GARFIELD

MONDAY BLUES?

Hal ini sepatutnya tidak lagi menjadi isu jika anda sudah bekerja bertahun-tahun. Persiapan rapi mental dan fizikal sehari sebelum hari baru bermula sepatutnya bukan lagi masalah yang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.