PINJAMAN BANK

EH (Malaysia) - - Wang & Anda -

Kereta adalah pelaburan kedua termahal dalam hidup anda selepas pembelian rumah. Ini menjadikan proses pembelian memerlukan pemantauan yang cukup teliti. Ada yang selesa untuk membeli kereta terpakai kerana murah. Namun bagi mereka yang mampu untuk memiliki kereta baru, sedikit panduan asas bagi anda dalam membeli kereta idaman.

MEMILIH MODEL KENDERAAN

Sesuaikan kereta yang bakal dimiliki dengan keperluan jangka masa panjang. Berikut adalah jenis-jenis kereta yang boleh ditimbang tara: SEDAN 4 PINTU D-SEGMEN: Jenis kereta ini mewakili sedan mewah bersaiz besar dengan gajet berteknologi tinggi. Jenama kereta mewah seperti BMW 5-series, Toyota Camry, Hyundai Sonata dan Mazda 6 antara yang menjadi kegemaran mereka yang mampu untuk memilikinya.

C-SEGMEN: Sesuai untuk mereka yang berkeluarga kecil, saiz nya sederhana besar. Contoh kereta ialah Proton Persona dan Waja, Kia Forte, Honda Civic dan Hyundai Elentra.

B-SEGMEN: Kereta sedan bersaiz kecil. Memuatkan empat orang dewasa. Contoh kereta, Proton Saga, Toyota Vios dan Honda City.

KERETA KOMPAK Sesuai untuk mereka yang bekerja di bandar atau tidak mempunyai komitmen berkeluarga. Kereta jenis ini jimat minyak kerana ia ringan dan mempunyai enjin yang kecil. Antara jenama kereta yang termasuk dalam kumpulan ini adalah Perodua Viva, Chevrolet Aveo serta Kia Picanto.

MPV DAN MINI MPV Semakin ramai orang muda kini

Mitsubishi Mirage antara jenama kereta mampu milik yang menjadi perhatian ramai. Harga pasaran

bermula RM55,328.

Kelayakan anda untuk membeli sesebuah kereta berdasarkan gaji yang anda perolehi. Misalnya, jika ansuran bulanan adalah RM700, didarab dengan tiga berjumlah RM2100. Maka gaji anda perlu melebihi jumlah itu untuk memiliki kereta tersebut. Kerana itu, ukur baju di badan sendiri sebelum membuat sebarang keputusan.

Perlu juga meneliti CCRIS. Pastikan proses pembayaran hutang anda dengan bank sebelum ini berjalan dengan lancar. Antaranya hutang kad kredit, pinjaman peribadi serta pinjaman rumah tidak tertangguh.

Elakkan 0 downpayment atau downpayment rendah. Pastikan anda boleh membayar 10 peratus atau 20 peratus wang pendahuluan. Seeloknya berhutang selama tujuh tahun berbanding sembilan tahun. Jika anda berusia 25 tahun ke bawah dan kali pertama ingin membeli kereta, pastikan anda mempunyai penjamin bagi memudahkan urusan.

INSURANS KERETA

Hakikatnya, anda bukan sahaja perlu menanggung pembayaran ansuran kereta setiap bulan, bahkan insurans dan cukai jalan perlu diperbaharui setiap tahun yang bukan sedikit jumlahnya. Nilai insurans berubah mengikut harga pasaran kereta anda. Ia juga berbeza mengikut jenis kereta dan kapasiti enjin kenderaan. Anggaran bayaran adalah daripada RM900 sehingga RM2000 untuk kereta mampu milik.

CUKAI JALAN

KADAR CUKAI JALAN DITENTUKAN OLEH: Jenis pemilikan (individu/syarikat) Jenis kenderaan (petrol/diesel) Kapasiti enjin dan CC Kawasan (semenanjung atau Sabah dan Sarawak)

Kebiasaannya untuk kereta mampu milik, kadar cukai jalan yang dikenakan antara RM30 sehingga RM200.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.