YANG DISENANGI!

Tidak salah berkongsi kebahagiaan anda bersama pasangan di laman sosial. Syaratnya mudah, tahu batas dan kekalkan exclusivity.

EH (Malaysia) - - Anda & Dia -

ika anda memiliki pasangan atau sedang hangat dilamun cinta, berhati-hatilah kerana hidup dalam dunia serba moden yang mana aktiviti harian anda dan pasangan boleh dilihat oleh umum secara virtual memungkinkan fitnah, dengki atau kurang senang yang memandang. Kita tidak boleh hentikan apa yang orang sekeliling mahu katakan atau menyalahkan teknologi tetapi kita boleh mengawal diri kita sendiri daripada menjadi mangsa mereka yang suka menilai hanya dengan gambar yang dimuat naik di Instagram atau kata-kata yang anda tulis di Twitter. berkongsi idea menjadi pasangan yang disenangi.

USAH TERLALU GALAK

Apa jua yang kita lakukan seharusnya perlu batasan. Konsepnya mudah jika anda tidak mahu kritikan pedas dilempar pada anda atau pasangan jangan terlalu seronok berkongsi segala-galanya di alam maya. Cukup sekadar kata cinta, ucapan sayang yang dikirim menjadi rahsia kalian. Tidak perlu rasanya screen capture dan muat naik di Instagram atau Twitter. Apa yang lebih parah they keep updating the same kind of images on and on and on.

Selain itu jaga apapun status yang anda update di Facebook atau Twitter. Apa-apa jua hal yang terlalu peribadi adalah lebih baik anda elakkan berkongsi secara umum. Kalau sayang sampaikan terus pada pasangan tidak perlulah melalui medium media sosial apa lagi jika sedang sengketa. Jangan lepaskan marah atau sebarang rasa negatif. Bukan apa daripada tiada yang mahu ambil tahu, jadi lain pula ceritanya. Manusia alaminya memang begitu, mudah mempersoalkan dan punya rasa ingin tahu yang cukup tinggi. Jadi seeloknya jangan terlalu galak berkongsi cerita buat tatapan umum lagipun anda bukanlah selebriti ternama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.