2013 COOLEST COUPLE!

EH (Malaysia) - - Anda & Dia -

LENA DUNHAM & JACK ANTONOFF Lena Dunham membuktikan menjadi bintang Hollywood tidak perlu terlalu cantik. Bakat yang dimilikinya cukup disenangi. Masakan tidak, siri Girls yang ditulis, arah dan lakonkan sendiri menjadi antara siri yang mendapat sambutan hangat sejak mula disiarkan tahun lalu. Gadis ini menjalinkan hubungan bersama gitaris kugiran FUN., Jack Antonoff. Menurut Jack “She’s a real deal!” saat disoal tentang Dunham oleh saluran E! KRISTEN WIIG & FABRIZIO MORETTI Rock star meets the master of comedy! Fabrizio Moretti, gitaris The Strokes mula menjalin kasih bersama Kristen Wiig sejak tahun lalu. Namun hubungan yang dijalin dilaporkan putus pada Julai lalu. Mereka menyifatkan situasi ini sebagai “Call time on their relationship.” Tiada persengketaan berlaku dan Wiig mengakui mereka masih hadir bersama dalam beberapa majlis dan tiada masalah jika tertulis mereka kembali bersama. Mereka mungkin tidak dilihat sebagai yang berada dalam carta teratas pasangan paling kaya Hollywood seperti Angelina Jolie bersama Brad Pitt atau Victoria dan Beckham tetapi mereka dilihat sebagai pasangan yang cukup ideal untuk bersama. Lihat siapa pilihan Pasangan Hollywood paling tahun ini. MARCUS MUMFORD & CAREY MULLIGAN Bermula hanya sebagai sahabat pena, mereka tidak pernah bertemu sehingga sama-sama melibatkan diri dalam bidang showbiz. Kedua-duanya berjaya dalam bidang masing-masing namun kekal reserve and cool! Tiada apa yang perlu digembargemburkan, apa yang kita nampak pada pasangan ini adalah keserasian yang cukup jelas. JENNIFER ANISTON & JUSTIN THEROUX Akhirnya Jennifer Aniston bertemu belahan jiwanya. Mengikat tali pertunangan bersama aktor juga pengarah, Justin Theroux awal tahun ini menjadikan mereka antara pasangan yang saban hari dinanti kisahnya. Majalah Glamour melabel pasangan ini sebagai the two beautiful, loving, open person. EMMA STONE & ANDREW GARFIELD Mereka bertemu di set penggambaran The Amazing Spiderman dan Garfield dilaporkan memang menaruh hati pada Stone dan mahukan aktres itu menjadi suri hatinya. Cinta yang dijalin secara senyap pada permulaannya walau bagaimanapun dapat dihidu blogger dan wartawan hiburan Hollywood. JUSTIN TIMBERLAKE & JESSICA BIEL “There was nothing starry about the way we got together,” kata JT dalam satu temubual. Dia menambah perkenalan mereka hanya bermula dengan bual kosong dan selepas itu dia hanya membiarkan takdir menulis. Mereka mengikat tali perkahwinan sebagai suami isteri tahun lalu dalam majlis sederhana tetapi manis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.