KERJA AMAL ROYAL SELANGOR

EH (Malaysia) - - Berita Deko -

Oktober lalu, Royal Selangor membawa kembali acuan jeli piuter dan menganjurkan bengkel membuat jeli untuk tujuan amal bagi Persatuan Kebajikan Kanser Payu Dara. Direka oleh pereka British, Nick Munro, acuan jeli berbentuk kon ini mengambil inspirasi daripada bukit-bukau dan mengadun tradisi lama dengan gaya moden terkini dan juga fungsi rekaan Royal Selangor. Bengkel membuat jeli ini bukan sahaja membantu untuk meningkatkan kesedaran dan mengumpul dana tetapi juga mengeratkan silaturahim sambil meraikan kehidupan, kasih sayang dan keriangan. Royal Selangor menyumbang sebanyak RM100 kepada Persatuan Kebajikan Kanser Payudara untuk setiap pembelian acuan jeli yang berharga RM290 setiap satu. Bengkel ini dibuka kepada orang ramai termasuk ahli-ahli keluarga, kelab-kelab atau persatuan-persatuan yang ingin menyumbang kepada kebajikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.