Proses kerja

EH (Malaysia) - - Inspirasi -

erkembangan kafe-kafe moden yang menyediakan hidangan dari Barat dengan pilihan desert yang pelbagai membawa bertemu dengan pemilik The Upstairs di Subang Jaya ini. Akmal berkongsi ceritanya yang penuh inspirasi bagaimana dia menjalankan perniagaan ini dengan minat serta keinginan yang tinggi.

Minat bermula

Saya dibesarkan dalam keluarga yang sudah lama melibatkan diri dalam menyediakan servis makanan. Idea asalnya dulu ibu saya sekadar menerima tempahan daripada orang terdekat dan lama-kelamaan dia membuka restoran milik keluarga, Bawang Merah di Subang sehingga hari ini. Jadi boleh dikatakan pengaruh dan minat memang daripada keluarga.

Setiap bulan kami akan ada satu sesi brainstorming. Saya akan bentangkan idea dan dari situ kami akan berbincang tentang bahan serta menunya. Dalam sesi inilah kami akan pertimbangkan sama ada apa yang dicadangkan praktikal atau tidak untuk dijadikan menu hidangan. Apa yang menjadi pertimbangan adalah masa memasak, ketahanan dan penggunaan bahan mentah yang dipilih. Selalunya kami akan menukar menu sebulan sekali, bergantung kepada permintaan pelanggan.

Bagaimana anda melihat fenomena lambakan kafe moden hari ini?

Sejujurnya saya melihat ia sebagai satu hal yang bagus kerana kita semakin menghargai apa yang orang tempatan usahakan dan tidak kisah berbelanja lebih sedikit untuk menikmati makanan berkualiti. Jika diikutkan kita agak lambat dengan budaya begini kerana bagi saya kita tidak begitu terdedah dengan gaya hidup begini. Apa yang kita ada dulu hanya restoran mamak dan juga kopitiam jadi kehadiran kafekafe urban hari ini memberi lebih pilihan kepada pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.