‘FAMILY TYPE’

EH (Malaysia) - - Inilah Lelaki -

TAMPAN

#aaronaziz di Instagram yang mula ditayangkan sehari sebelum artikel ini ditulis bikin nama Aaron takkan lekang dari bibir penggemarnya.

Selepas Ombak Rindu lakonan bersama Maya Karin meletup di pawagam, sana sini namanya disebut sama ada gilakan raut tampan miliknya atau penggemarnya memang sukakan filem arahan Osman Ali itu. Dan 2011 memang tahun tuahnya – Ombak Rindu dan KL Gangster ditayangkan pada tahun yang sama dan kedua-duanya bikin panggung seluruh Malaysia sesak. KL Gangster dinamakan sebagai filem paling laris sehingga hari ini.

Dalam pengamatan saya kebanyakan anak gadis hari ini memang gilakan selebriti lelaki dengan ciri maskulin. Sekadar menyebut beberapa nama seperti Remy Ishak, Adi Putra dan Beto Kusyairy – tiga aktor ini antara yang paling digilai hari ini selain Aaron Aziz. Perbualan bersama teman-teman yang sebahagiannya memang gilakan Aaron Aziz menemukan saya beberapa sebab mengapa dia begitu digilai.

What always come first? Rupalah, apa lagi bukan? Aaron bertuah hadir dalam pakej rupa yang disukai wanita. Wajah tampan miliknya sudah mampu buat mana-mana gadis atau ibu-ibu kepada gadis tidak kelip mata memandangnya. Ada juga yang hanya dambakan tubuh kekarnya dalam KL Gangster dan tidak kurang juga hanya menghabiskan masa menonton Adam dan Hawa berulang kali kerana mahu melihat Aaron di kaca televisyen.

Fakta yang dia sudah berkahwin dan mempunyai anak sepatutnya bukanlah bonus untuk dia popular kerana apa yang saya faham, untuk popular selain memiliki ‘bakat’ dan wajah, seseorang itu perlu single, muda dan punya ‘aura’. Tetapi seawal melibatkan diri dalam bidang lakonan di Malaysia Aaron memang sudah berkahwin, ada anak dan ya, dia sangat popular. Jadi kenapa wanita masih menyukainya? Jawapan yang saya terima adalah kerana Aaron terbuka dan jujur, tidak pernah berahsia tentang statusnya. Tambah teman saya tadi, lelaki hari ini jika pun bukan bergelar selebriti belum tentu mahu mengaku mereka sudah berkahwin. Gentleman mungkin apa yang dilihat kebanyakan wanita hari ini pada Aaron.

BAKAT

Hal ini diletakkan di tempat ketiga. Menurut salah seorang teman yang lain (yang juga menggilai Aaron), dia suka melihat Aaron berlakon dalam KL Gangster kerana Aaron berjaya menzahirkan watak gengster yang orang suka bukan dibenci. Bagaimana dengan Adam dan Hawa atau Nora Elena? Soal saya pada teman tadi, katanya Aaron terlalu ‘jiwang’ dalam dua siri tersebut. Bad boy always win!

WAJAH PELARIS

Bermula dengan mengikat kontrak menjadi wajah rasmi produk grooming lelaki, L’Oreal Men Expert satu persatu tawaran datang padanya. Yang terkini Maggi Big Kari, Uber-Men, minuman tenaga Drive M7, Nu-Prep dan Maybank. Ingat lagi Syawal yang lalu berpusu-pusu orang ramai ke Jakel semata hanya mahu memiliki Baju Melayu edisi terhad dengan label Aaron Aziz. Begitu sekali impaknya dalam menjadi wajah pelaris produk-produk yang menggunakan kuasa popularitinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.