CORAT-CORET

EH (Malaysia) - - Cerita & Ragam -

1 Anzalna merupakan cover girl yang paling awal tiba di set penggambaran hari pertama. 2 Emma Maembong membawa haiwan peliharaannya bersama ketika penggambaran berlangsung. Menurutnya marmoset yang dibeli itu baru saja beberapa bulan dibela. 3 Pada hari kedua, Qi datang ke studio pejabat kami di Blu Inc. Sedangkan penggambaran berlangsung di Studio LensWork, Kelana Jaya. 4 Beto Kusyairy antara selebriti lelaki yang paling ‘digilai’ kru EH! 20 Yang Anggun dan Disenangi kali ini sehingga merah padam jugalah pipi Beto diusik. 5 Ini merupakan kali kedua Yana Samsudin disenaraikan untuk EH! 20 Yang Anggun dan Disenangi. Kali pertama pada 2011. 6 Ramai tertarik dengan highlight merah rambut Sara Ali. 7 Penggambaran hari kedua diakhiri dengan aksi Aiman Hakim di depan kamera 8 20 selebriti ini turut menerima undangan ke majlis yang bakal berlangsung pada 13 November ini berserta cupcake yang bercetak muka depan EH! isu Oktober. 9 Seminggu selepas penggambaran ini berlangsung, pengurus Nelydia Sendrose menghubungi kami bertanyakan bagaimana boleh dia membeli gaun merah jambu yang dipakainya ketika penggambaran 10 Beto Kusyairy dan Tomok digabungkan sekali lagi selepas filem hebat lakonan mereka, Istanbul Aku Datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.