& Kamera Chic

JAM TANGAN CASIO MENJADI PENYERI GAYA DAN KAMERANYA PULA JADI ‘MAINAN’ SERTA PERAKAM MEMORI GEMBIRA DI SEBALIK TABIR PENGGAMBARAN. SELEBRITI MENYUKAINYA KERANA CASIO EXILIM SESUAI BUAT RAKAMAN GAMBAR ‘SELFIE’

EH (Malaysia) - - Cerita & Ragam -

Selain mekap dan helaian buat selebriti wanita pilihan EH! kali ini, kami juga berbesar hati mendapat tajaan Casio untuk menaja jam tangan dan kameranya buat penggambaran kali ini. Himpunan jam tangan gaya vintaj dalam rona emas dan perak menjadi pilihan. Malah jam tangan inilah yang jadi pilihan ramai anak muda hari ini. Gayanya effortless.

Kamera Casio juga menjadi teman sebahagian selebriti sewaktu menunggu giliran mereka untuk beraksi di hadapan kamera. Rakaman gambar selfie lebih mudah kerana salah satu kamera CASIO EXILIM TR15 sangat fleksibel dan boleh diterbalikkan skrinnya. Malah ada selebriti yang menyangka kamera tersebut adalah telefon bimbit. CASIO EXILIM TR15 dan CASIO EXILIM ZR1200 turut disertakan dengan make-up mode yang menjadikan kulit wajah kelihatan lebih mulus.

Wan Sharmila mencuba kamera Casio.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.