PENGHIAS MUKA DEPAN YANG TAK PERNAH ‘JELIK’

EH (Malaysia) - - Salam -

Selama ini saya hanya bersuara di dalam hati. Meluahkan segala keindahan dan kesempurnaan penghias muka hadapan di laman sosial, teman-teman sealiran serta ahli keluarga yang turut menjadi pembaca setia. Berkesempatan untuk mengemukakan pendapat saya di sini cukup membuatkan saya teruja.

Apa yang paling menarik mata saya apabila ke toko buku, berderet majalahmajalah yang kemas tersusun di rak adalah penghias wajah depan EH!. Memang terserlah kecantikan seseorang selebriti itu. Dari segi gaya, tatarias dan teknik fotografi, sentiasa sempurna. Kadangkala, kita dapat melihat sisi berbeza dan lari dari zon selesa selebriti tersebut. Selaku pembaca setia, saya cukup teruja untuk mengetahui apakah lagi lagak si artis di bahagian dalam.

Apabila menyelak satu demi satu muka surat, kadang-kadang mata menangkap gambar dahulu, kemudian barulah saya membaca teks. Setiap kali helaian fesyen, stail, tatarias mahupun info dibuka, setiap satunya memberikan inspirasi. Cetusan idea, percikan warna, seleksi pakaian, semuanya segar dan amat membantu. Setiap bulan, majalah EH! menjadi pilihan utama untuk bahan bacaan. Kalau bosan, saya akan buka balik majalah EH! tahun 2011 dan 2012 sebagai bacaan untuk mengisi masa lapang. Oh ya, untuk team EH!, tahniah di atas penganjuran EH! 20 Yang Anggun dan Disenangi 2013. Terus hasilkan karya yang kreatif dan berkualiti. Memang sesuai dengan gelaran Majalah Urban Nombor 1.

PEMENANG BULAN INI!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.