Tiru Solekan

EH (Malaysia) - - Siapa Dia -

Bersesuaian dengan tema cuti dan parti, kami berikan solekan penuh warna untuk Diana Danielle. Khir Khalid mengoles asas solekan yang cukup tipis memandangkan wajah Diana Danielle sudah semula jadi licin. Khir mencalit pembayang mata rona ungu pada seluruh kelopak mata Diana dan dilapisi dengan pengilat lut sinar. Untuk bibir pula, Khir calitkan rona merah lada lantas menghasilkan kombinasi dua rona terang yang cukup menarik.

Dandanannya pula tampil ringkas. Gary menyapu sedikit gel pada pangkal rambut sahaja untuk mencipta efek kilat dan hujung rambut dibiarkan kering agar mudah diterbangkan angin. Gaya percutian yang cukup menyegarkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.