TIP PARTI & KEMBARA PUTIH

EH (Malaysia) - - Ilham -

1 Menariknya pabila memilih rona ini untuk ke parti, anda bebas menggayakan apa jua warna aksesori malah lebih seronok pabila mengenakan warna dalam solekan. Contohnya, jika mahu tampil berani, calitkan bibir dengan rona merah menyala. Boleh juga calitkan rona jingga atau fuschia untuk summer look percutian nanti. 2 Mungkin punya masalah untuk si badan gempal. Jangan putus asa kerana anda masih boleh menggayakan gaun sifon longgar atau jumper yang diselaraskan dengan skirt kembang paras bawah lutut. Oh ya, jangan lupa sarungkan wedges atau kasut tumit tinggi! 3 Anda juga boleh menggayakan baju-T polos rona putih kemudian padankan dengan skirt atau seluar palazzo. Tambahkan dengan aksesori yang bisa menggoda gaya. 4 Elakkan gaya tampak seperti majlis pra perkahwinan. Hati-hati dengan pilihan aksesori supaya tidak keterlaluan.

THAKOON Kasut tumit studded, CHARLES & KEITH Skirt berlisu, TOPSHOP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.