GAYA KE

EH (Malaysia) - - Stail -

Potongan baju mesti selesa, memudahkan anda bergerak ke sana ke mari serta menari. Jika anda memakai skirt tentukan ia tidak terlalu pendek hingga menampakkan punggung andai anda tunduk ke bawah. Jika mahu memakai jaket, pastikan fabriknya tidak terlalu tebal. Anda tentunya tidak mahu berparti dalam keadaan tubuh lencun dibasahi peluh. Pastikan kasut benar-benar selesa lebih-lebih lagi jika anda bercadang untuk menari atau berdiri lama sepanjang parti. Beg multi gaya adalah yang terbaik, yakni yang boleh dikepit dan mempunyai tali untuk disandang. Tidaklah lenguh tangan mengepit sepanjang malam. Jika anda bercadang mahu menggayakan dandanan ‘updo’ tentukan rambut disepit dengan cermat supaya anda tidak perlu ‘touch up’ sepanjang parti berlangsung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.