Atlanta de Cadenet Taylor

EH (Malaysia) - - ‘it Girl’ -

“Saya sering menukar gaya seperti menyarung jean, baju-T longgar bersama but dan gaun feminin. Saya juga gemar apa sahaja baju jenis berkolar dan membutangkannya hingga ke atas tetapi selalunya saya menggandingkannya bersama jaket. Jaket kulit menyempurnakan segala-galanya,” jelas anak jurufoto Amanda de Cadenet dan John Taylor iaitu pemain bass kumpulan Duran Duran yang terkenal era 80-an ini. Mengakui sudah biasa melihat kugiran rock mengenakan helaian koyak rabak kerana sentiasa mengikuti bapanya sedari umur empat tahun, sedikit sebanyak telah mempengaruhi cara pemakaiannya. Juga, dengan pendedahan muzik dan pengenalan kepada pelbagai genre muzik sejak awal, membuatkan dia lebih mudah menyelaraskan muzik dengan baik. Oleh itu bergelar DJ bukanlah sesuatu yang luar biasa dan dari situ bakatnya mula berkembang. Wajahnya juga pernah menghiasi kempen iklan Net-a-Porter dan dia adalah gadis kempen Forever 21 musim ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.