L’OREAL LANCAR PERFECT LASER OVERNIGHT

EH (Malaysia) - - Wangian -

Kehadiran Overnight Treatment melengkapkan amalan penjagaan kecantikan agar wajah tiada cela seperti yang ditawarkan produk sedia ada rangkaian L’Oréal Paris White Perfect Laser. Produk inovatif ini bertindak semasa anda tidur, supaya anda boleh bangun pagi dengan kulit lebih cerah, halus dan berseri. Di majlis pelancarannya, Pengarah Pemasaran bagi L’Oréal Paris, Goh Sa Ki berkata, “Rangkaian L’Oréal Paris White Perfect Laser terbukti secara klinikal 68 peratus lebih berkuasa daripada rawatan Intense Pulse Light (IPL) dan dengan Overnight Treatment yang baru, rangkaian White Perfect kini ‘bekerja’ sepanjang masa untuk meningkatkan kuasa pencerahan. Overnight Treatment mencerah dan memperbaharui sel kulit pada waktu malam, lantas kulit tampak lebih berseri pada waktu pagi.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.