KEMPEN TANDA KASIH

EH (Malaysia) - - Wangian -

Kempen ‘Johnson’s Baby Tanda Kasih Kita’ dilancarkan untuk meraikan detik-detik yang bermakna antara ibu dan si manja mereka. Untuk mengukuhkan hubungan di antara ibu dan anak, kempen ini bertujuan mendidik ibu cara memberikan penjagaan yang selamat, lembut serta berkesan untuk bayi mereka. Hos bagi majlis pelancaran ialah pembaca berita dan pengacara TV, Sheahnee Iman Lee yang turut berkongsi pandangan bahawa ‘parenting’ bukannya ilmu sains mahupun mempunyai formula yang sesuai untuk semua. Sheahnee, bersama personaliti ibu yang lain, iaitu Wardina Safiyyah dan Anne Ngasri, turut hadir untuk berkongsi tanda kasih unik bersama anak-anak mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.