EH (Malaysia) - - Jurnal Cantik -

• KALA KEMBARA

REJIM CANTIK

Sebagai pelakon penampilan saya sering diambil kira, jadi saya memang menitikberatkan soal penjagaan kulit. Biarpun saya tidak mempunyai masalah kulit tetapi saya masih menjaganya dengan penuh disiplin. Wajah mesti dicuci sempurna, minum air kosong sebanyak mungkin dan saya mesti tentukan saya punya tidur dan rehat yang cukup. Ketika ini pastinya rangkaian SimplySiti White & Detox jadi pilihan. Pabila melancong saya wajib bawa pupur wajah untuk merawat muka. Kulit perlu mendapat perhatian yang sama ketika bercuti.

Saya sukakan yoga. Setiap pagi saya wajib melakukan sit up dan push up 100 kali. Jika ke gim saya perlukan sekurang-kurang seorang teman untuk ikut bersama.

• HARUMAN KEGEMARAN

Saya sukakan wangian yang mewah dengan bau bungabungaan. Saya tidak berapa menyenangi bau yang terlalu keras.

• PERCUTIAN PILIHAN

Saya suka melawat negara yang punya tarikan tempat bersejarah seperti Itali, Greece dan Portugal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.