KESAN SINARAN UV

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Jika sinaran UV berupaya menembusi awan, kaca dan pakaian, tidak mustahil ia boleh dipantulkan pada jalan, dinding bangunan, pasir atau air. Pantulan sinar UV inilah yang dikatakan sinaran suria rahsia, yang mengakibatkan kesihatan kulit merosot dan menjadi semakin gelap. Malah mengikut kajian Opthalmological Society kesan sinaran UV bukan sahaja memberi efek pada kulit malah turut mendatangkan mudarat pada mata, iaitu menyebabkan kerosakan retina seperti katarak.

Pendedahan kepada sinaran suria berbahaya ini menyumbang 80 peratus daripada jumlah pendedahan kepada sinaran UV seumur hidup seseorang khususnya ketika menjalani rutin harian seperti memandu pergi balik ke tempat kerja, bersenam di taman atau keluar untuk makan tengah hari. Ringkasnya, penggelapan kulit berlaku apabila radiasi UV terkena pada kulit, merangsang dan meningkatkan penghasilan melanin. Selepas terkena pada kulit, radiasi UVA merangsang kulit untuk menjadi gelap tetapi kesannya hanya akan bertahan selama sehari atau dua hari.

ZA PERFECT SOLUTION RESTORING COLLAGEN CREAM Dengan khasiat buah yuzu, ia mampu memberi keanjalan maksimum pada kulit.

O’SLEE YOUNG MEDI DE AGE ANTIOXIDANT CREAM Krim yang berfungsi mengekalkan kelembapan dan keremajaan kulit. RM79.88

DIOR CAPTURE TOTALE BASE UV MULTIPERFECTION FPS 50 SPF PA+++ Asas yang cukup tepat untuk perlindungan sempurna, malah kulit juga tampil muda dan cerah. RM225

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.