HARAPAN L’OCCITANE Malaysia memperkenalkan semula produk edisi khas Pure Mini Shea Butter sebagai produk signature Projek Mengumpul Dana Untuk Golongan Cacat Penglihatan 2013/14.

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Sejak 12 tahun lalu, Yayasan L’OCCITANE (Perancis) telah bekerjasama dengan pelbagai organisasi dalam usaha mengatasi masalah kecacatan penglihatan di seluruh dunia. Ditubuhkan pada 2006, yayasan ini telah menjayakan 15 projek setiap tahun dengan memberi tumpuan kepada dua isu penting sejajar dengan misi L’OCCITANE . Isu-isu ini termasuk memberi sokongan kepada golongan cacat penglihatan serta menggalakkan golongan wanita keluar daripada kemelut kemiskinan.

PROJEK MENGUMPUL DANA AMAL L’OCCITANE MALAYSIA

Projek ini menjadi satu aktiviti tahunan sejak diperkenalkan pada 2009 yang mana pengguna jenama ini boleh membantu mengumpul dana dengan membeli produk-produk L’OCCITANE edisi terhad.

Hasil kerjasama bersama Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB), dana ini membantu memperbaiki kehidupan golongan cacat penglihatan. Dana yang dikumpul akan digunakan untuk menyediakan sumber-sumber yang diperlukan bagi meningkatkan kualiti kehidupan mereka.

MAB yang ditubuhkan pada 1951 adalah organisasi alam yang bukan sahaja menjaga kebajikan golongan cacat penglihatan, ia turut menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk membantu memperbaiki taraf hidup golongan kurang bernasib baik. Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk kelas tulisan braille, latihan teknologi maklumat, kauseling dan aktiviti riadah.

L’OCCITANE kembali dengan memperkenalkan semula produk edisi terhad Pure Mini Shea Butter sebagai produk utama acara amal tahun ini. Produk ini boleh didapati dalam tin kecil bersaiz 8ml, dijual dengan harga RM3.

Pelembap kulit Pure Mini Shea Butter diperbuat daripada 100 peratus mentega sayur (Shea Butter) Afrika untuk melembap dan melindungi kulit. Rekaan tin pelembap kulit ini menampilkan satu label yang direka khas sempena penganjuran projek pengumpulan dana untuk tahun 2013/14. Imej berbentuk mata pada tin melambangkan isu penting

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.