SENSITIF

EH (Malaysia) - - Rambut -

Selain daripada rambut kusut dan bercabang, punca lain wanita hilang keyakinan adalah masalah rambut berkelemumur. Percaya ataupun tidak, memang ada wanita yang sanggup tidak keluar rumah dek kerana masalah kelemumur yang serius. Jika setakat kelemumur halus yang muncul setelah seharian tidak mencuci rambut itu dikira normal, namun ada yang hingga berkuping-kuping, jadi logiklah ia mengganggu penampilan dan keyakinan diri.

Memelihara rambut daripada kelemumur tidak sukar cuma perlu rajin. Jika anda mengambil soal penjagaan rambut dan kulit kepala sambil lewa itu yang menyebabkan kelemumur, gugur dan bercabang. Walaupun bertudung, penjagaan rambut tetap diutamakan, malah penjagaan ekstra perlu diberikan berbanding mereka yang tidak berhijab. Kulit kepala yang tertutup dalam tempoh lama mengundang peluh yang akhirnya bercampur minyak semula jadi lalu mengundang masalah kelemumur yang serius.

KENALI PUNCA KELEMUMUR

Setiap individu perlu peka terhadap punca masalah ini untuk lebih memahami dan menjaga kesihatan rambut. Biasanya masalah kelemumur ini disebabkan beberapa perkara, iaitu: Bagi wanita yang mengalami masalah sensitif pada sesetengah produk rambut akan mengalami situasi kulit kepala kemerahan dan gatal. Sebenarnya terlalu kerap mencuci rambut juga boleh menyebabkan kelemumur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.