JANGKITAN YIS MALASSEZIA

EH (Malaysia) - - Rambut -

Selain itu kelemumur juga boleh disebabkan jangkitan yis Malassezia. Malassezia hidup pada permukaan kulit kepala hampir setiap individu dewasa tanpa menyebabkan sebarang masalah. Namun apabila tidak terkawal, ia akan merembeskan lebih minyak daripada folikel rambut. Ini menyebabkan iritasi pada kulit kepala dan menggalakkan lebih banyak sel kulit terhasil. Lebihan sel kulit akan mati dan tertanggal, kemudiannya bercampur dengan minyak daripada rambut dan kulit kepala, lantas menyebabkan ia kelihatan memutih, berkuping dan jelas kelihatan pada rambut juga pakaian anda. Namun punca sebenar Malassezia tidak diketahui. Boleh jadi ia disebabkan terlalu banyak minyak pada kulit kepala, perubahan hormon, tekanan, masalah saraf seperti Parkinson, sistem imunisasi terganggu, tidak mencuci dengan kerap dan semua masalah ini menyumbang kepada kelemumur. kepala akan terbina, lantas menyebabkan kelemumur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.