Apa yang mesti dibawa kala bercuti?

EH (Malaysia) - - Soal Cantik -

Telefon bimbit and powerbank! Sebab bila bercuti kita mesti keluar awal pagi dan balik ke hotel biasanya malam. Tak seronok kalau telefon bimbit tiada bateri dan tidak boleh nak memuat naik gambar di Instagram.

Destinasi percutian paling menarik pernah dikunjungi dan anda mahu kunjungi lagi?

Destinasi paling seronok adalah Maldives! Sememangnya Maldives destinasi impian El kerana laut, pemandangan, persekitaran dan semualah saya suka. I will definitely come back.

Apakah jenis lagu yang anda dengar sepanjang perjalanan ke destinasi percutian?

Kami adik beradik ‘kuat’ bersembang dan bila penat kami tidur jadi tak sempat mendengar lagu.

Destinasi impian?

El memasang angan-angan mahu ke Bora Bora.

Mesti buat pabila bercuti?

Bergambar kerana ia merupakan kenangan paling berharga untuk dibawa pulang selain fridge magnet. Lagi satu, mestilah membeli belah!

Jangka masa percutian paling ideal bagi anda?

Bagi saya cukup lima hari empat malam sudah memadai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.