Perjalanan ke destinasi percutian?

EH (Malaysia) - - Soal Cantik -

Apa yang mesti dibawa kala bercuti?

Selain kamera, headphone penting untuk mengurangkan rasa bosan ketika dalam penerbangan yang panjang.

Destinasi percutian paling menarik pernah dikunjungi dan anda mahu kunjungi lagi?

Itali. Dari dulu lagi Aliff sangat teruja dengan cara orang Itali baik daripada bahasa, budaya, dan seni bina. Alif sempat ke Milan, Venice serta Torino. Rakaman gambar setiap sudut cukup indah, Italian music yang dimainkan di kafe-kafe buat Alif jatuh cinta. Album Justin Timberlake The 20/20 Experience dan Random Access Memories oleh Daft Punk.

Destinasi impian?

Santorini, Greece.

Mesti buat pabila bercuti?

Beli fridge magnet bandar yang dilawati selain melepak dengan orang tempatan di bandar yang dilawati.

Jangka masa percutian paling ideal bagi anda?

It’s never too long for a vacay! Ha ha.. Alif lebih suka backpacking dan couch surfing kerana lebih jimat dan banyak wang alif gunakan untuk 'hop' dari satu tempat ke satu tempat. Tapi rasanya anggaran 10 hingga 15 ribu ringgit tu sudah cukup dibawa pergi mengembara.

Percutian ialah...

Satu keperluan. Take a time out from our daily busy routine. Dunia ini terlalu luas untuk kita cuma duduk di pejabat dan hanya fokus tentang kerja. Be a traveller kerana dengan bercuti ia seolah-olah satu butang 'reset' untuk diri. So pack your bags, and get your next ticket out!

Jumlah perbelanjaan yang diperuntukkan untuk percutian

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.