Tip percutian yang anda mahu kongsikan?

EH (Malaysia) - - Soal Cantik -

1. Buat kajian tentang negara yang ingin dilawati. Dapatkan info sebanyak mungkin mengenainya. 2. Pastikan waris di Malaysia tahu di mana anda sedang melancong dan bila anda sepatutnya balik. 3. Simpan dan catit nombor telefon penting dalam nota anda seperti nombor telefon bank untuk block kad jika berlaku kecurian, nombor telefon kedutaan Malaysia di luar negara dan juga nombor telefon kecemasan negara tersebut. 4. Fotostat atau bawa salinan kad pengenalan dan pasport anda. Salinan pasport kadangkala diterima di sesetengah negara. Bermakna anda tidak perlu mengusung pasport setiap masa. Tinggalkan saja pasport dalam peti keselamatan di bilik hotel. 5. Jangan terlalu excited, sentiasa peka dan berhati-hati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.