HERPES GENITAL

EH (Malaysia) - - Seks -

Penyakit yang disebabkan virus herpex simplex type 2 ini mengakibatkan rengsa dan melecet di bahagian alat sulit. Ia menjangkiti pesakit untuk sepanjang hidup. Ada mereka yang tidak menunjukkan sebarang gejala, namun tetap boleh menjangkiti pasangan seksnya. AIDS mudah tersebar kerana luka yang menyebabkan pendarahan.

Bahayanya penyakit ini apabila jangkitannya tidak menyakitkan dan pesakit selalunya menganggap ia rengsa yang biasa. Namun, sifilis boleh kekal menjangkiti pesakit selama 30 tahun dalam tiga tahap tertentu. Kesannya mengakibatkan golongan berusia mudah diserang penyakit jantung, kerosakan otak dan juga buta.

SIFILIS

KENCING BERNANAH

Di Amerika Syarikat, ia menyerang 1.5 juta rakyatnya setiap tahun. Tanpa sebarang simptom, ia menyebabkan rasa sakit ketika buang air kecil dan mengeluarkan nanah selepas lima hingga 10 hari. Jika tidak diubati, ia menyebabkan bengkak berair pada kulit dan menyebar kuman pada jantung dan otak.

Baik lelaki mahupun wanita, ia mudah diubati dengan antibiotik. Namun, apabila dijangkiti, ia menyebabkan artritis parah iaitu radang pada sendi. Lebih teruk apabila mengakibatkan kemandulan kepada lelaki. Untuk ibu mengandung, Klamidia terjangkit kepada fetus dan mengakibatkan jangkitan paru-paru kepada bayi.

KLAMIDIA

HEPATITIS B

Walaupun ia satusatunya penyakit STD yang boleh diubati, namun penyakit ini mampu membunuh dalam senyap. Hepatitis B menyebabkan kerosakan hati dan kanser.

KANSER SERVIKS

Hampir 95 peratus kanser membunuh ini disebabkan Human Papiloma Virus (HPV). HPV boleh didapati melalui hubungan seks, dan kebanyakannya akibat melakukan hubungan seks seawal 15 tahun dengan berlainan pasangan.

HIV/AIDS

Sejak diketahui mengenai kewujudannya pada 1984, ia adalah penyakit membunuh keenam di dunia. Virus yang menyerang tubuh pesakit menyebabkan imunisasi lemah lalu membunuh sistem badan secara perlahan-lahan. Penyakit ini menular melalui perpindahan sperma dan darah.

Mereka yang menghidap penyakit ini menyedari terdapat lelehan berbuih dari vagina. Bagi ibu hamil dan menderita penyakit ini, risiko untuk melahirkan bayi pra matang adalah tinggi. Ketahui bahawa Trichomoniasis boleh tersebar melalui seks oral, ciuman dan juga pembantu alat seks seperti vibrator.

TRICHOMONIASIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.