SEJAUH MANA TEKNOLOGI MAMPU MEMBAWA KITA?

EH (Malaysia) - - Etika -

FILEM THE BLING RING

Nancy Jo, kolumnis Vanity Fair membongkar kisah sekumpulan remaja yang hidup penuh bebas tanpa aturan mencuri masuk rumah selebriti ternama dan mengambil barang yang bukan hak mereka secara terbuka. Dalam artikel panjang bertajuk The Suspects Wore Louboutins ini Nancy turut menceritakan keterbukaan mereka terhadap kelakuan buruk yang dilakukan itu. Tidak sekadar mencuri masuk rumah selebriti ternama malah tanpa malu bercerita dengan kenalan lain tentang apa yang mereka lakukan dan memuat naik gambar di Facebook tanpa sedikit rasa bersalah. Kisah mereka turut divisualkan dengan penuh realisme oleh Sofia Coppola dalam filem The Bling Ring tahun ini.

Apa yang dapat dirungkaikan, manusia hari ini tidak lagi meraikan keintelektualan tetapi kita lebih seronok meraikan keterbukaan. Gambar separuh bogel, parti sampai pagi, melanggar hukum alam dan menunjukkan kemewahan (yang mungkin ditumpang) pada dunia. Itu yang kita raikan hari ini dan ini hal yang membuat semua orang inginkan – mencipta satu false hope yang hanya menjual angan-angan. Si bijak pandai, cendekiawan atau seorang tokoh politik tidak lagi dipandang tinggi, kerana apa? Pada satu sudut mungkin kerana tiada keterujaan yang mampu ditawarkan mereka atau mungkin tiada lagi pelapis tokoh yang jujur dan boleh dibanggakan untuk dijadikan ikutan. Saya begitu tertarik dengan artikel yang ditulis Brian Fung menerusi Washington Post bertulis, ‘The Internet Isn’t Making Us Dumb. It’s Making Us Angry’. Dalam artikel ini Brian mengupas, internet dalam diam mengubah norma kehidupan normal manusia. Cara kita berfikir, bekerja dan menjalani kehidupan. “Apa yang anda lihat hari ini adalah kemarahan (anger) individu bukan kesenangan (happiness). Setiap satu daripada kita menunjukkan kebolehan masing-masing kerana sifat kurang senang dengan kelebihan orang lain.”

Tambah Brian, manusia hari ini berlumba-lumba mencipta personaliti yang mereka mahu bukan menjadi apa yang sepatutnya mereka jadi. Lihat sahaja berapa ramai anak muda hari ini menghabiskan masa di kolej tanpa tahu apa arah tuju mereka selepas tamat belajar malah ada yang memutuskan berhenti belajar hanya kerana mereka percaya populariti yang mereka kecap di alam maya ini mampu memberi masa depan yang baik buat mereka.

BELAJAR DARIPADA KESILAPAN DAN NILAILAH DIRI

Mengakui kesilapan diri mungkin bukan perihal mudah bagi kebanyakan kita apatah lagi belajar daripada kesalahan yang dilakukan. Namun bak kata Scott Berkun dalam tulisannya, Mindfire: Big Ideas for Curious Mind

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.