SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN

HAL YANG KITA HARAP TIDAK TERJADI PADA DIRI TETAPI BOLEH BERLAKU PADA SESIAPA SAHAJA.

EH (Malaysia) - - Kerja -

Anda melakukan kerja seperti diarahkan dan mengikut semua aturan syarikat tanpa pernah melanggar sedikit pun etikanya. Namun ditulis takdir khidmat anda diberhentikan oleh syarikat tempat anda bekerja. Panik? Sudah tentu, tetapi ada cara tepat untuk anda menghadapi situasi ini.

Saya membaca memoir yang ditulis bekas pengarang urusan majalah fesyen nombor satu dunia, Vogue iaitu Grace Mirabella yang dipinjam daripada seorang teman. Kisah Mirabella sangat menarik, dia diberhentikan serta-merta dengan alasan yang kabur kerana syarikat penerbitan, Condé Nast mahu memberi laluan kepada Anna Wintour mengepalai majalah tersebut. Mirabella saat ditanya adakah dia terkejut, jawapannya positif – tidak. Dan ada sesuatu yang harus kita belajar daripada ikon ini. Jika seseorang yang cukup tinggi profilnya ini boleh hilang kerja sekelip mata, apa lagi kita yang di bawah ini. Namun usah gusar ada cara untuk anda menghadapi situasi ini.

Ini pepatah Melayu yang cukup relevan. Saya tidak menyuruh anda untuk membuka laman web Jobstreet sekarang dan mencari kerja gantian sebagai backup, itu bukan jalannya. Penting untuk anda tajamkan segala skil kerja dan ilmu yang ada sebagai bekalan andai kata anda diberhentikan kerja. Perlu faham di sini rezeki bukan di tangan kita untuk mencorakkan realitinya tetapi apa yang kita semua boleh lakukan adalah untuk sentiasa belajar dan meluaskan segala kebolehan kerja sebagai persiapan. Ramai yang salah anggap dengan memohon pekerjaan lain tanpa memutuskan sama ada mereka mampu jadikan ia sebagai persiapan jika mereka diberhentikan, kerja dan nyata ini bukanlah cara yang betul. Jika anda tidak punya kualiti kerja dengan pengalaman yang betul bagaimana anda mahu ‘menjual’ diri ketika hari temuduga nanti?

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.