• SAHABAT

EH (Malaysia) - - Anda&dia -

kepercayaan Aminah. Jika Aminah memberi respons Ali akan berusaha lebih keras untuk menjadi temannya dan hal ini akan membuatkan Aminah menghargai cara Ali kerana kesungguhannya. Rupa mungkin boleh di tolak ke tepi. Hal ini berbeza pada zaman sekarang dengan satu ucapan hai di ruangan chat Facebook anda boleh mengenal rapat sesiapa saja yang anda mahu. Tapi mungkin tidak secantik kisah Ali dan Aminah kerana saya percaya jika jalan mengenal seseorang itu sesuatu yang sukar, kita akan lebih menghargai usaha yang kita buat.

TEORI KENALAN DAN SAHABAT

Jika dalam carian Google, anda akan bertemu beberapa teori yang membezakan antara kenalan dan sahabat. Lihat perbandingan di bawah daripada apa yang saya kumpul dan simpulkan tentang teori logik penulispenulis virtual ini tentang kenalan dan sahabat.

• KENALAN

A total stranger! Yang mungkin anda kenal secara tidak dirancang. Bertemu sekali atau dua kerana urusan kerja dan mungkin terserempak di luar waktu kerja. Tidak perlu terlalu rapat dan perbualan hanya sekadar casual chat sahaja.

Perkenalan yang dibina mungkin sejak anda membesar bersama atau memasuki kolej yang sama. Susah senang dilalui bersama dan tentu saja mereka ini orang yang anda boleh harapkan bila anda sedih, marah atau apa saja. Seseorang yang anda percaya dan punya mutual understanding.

Tetapi itu hanya teori. Berdasarkan pengamatan melihat juga mendengar, manusia hari ini begitu terbuka untuk bercerita siapa mereka pada dunia. Sekalipun baru bertemu sekali dua kita tidak segan membuka ‘aib’ diri sendiri pada orang luar. Bercerita tentang hal peribadi diri atau orang lain bagaikan sudah kenal lama yang sebenarnya hanya menjerat diri sendiri. Mereka bagai tidak takut atau segan malah bangga. Anyone can be everyone soulmate agaknya kerana saya pasti sesiapa saja pasti ada hal yang patut menjadi rahsia mereka dan hanya boleh diceritakan pada individu tertentu sahaja dan individu inilah yang kita panggil sebagai sahabat. Yang boleh terima bodoh kita, bijak kita dan takkan bercakap buruk di belakang kita. Tetapi jika kita boleh bercerita tentang diri kita dengan orang asing yang belum tentu kita boleh percaya bagaimana pula ceritanya? Silap hari bulan menjadi buah mulut orang dan yang malu diri sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.