JODOH TAK BOLEH DIPAKSA. JODOH TAK BOLEH DICURI. CUMA BOLEH DICARI, DIJUMPAI... DIHARGAI DAN DINIKMATI.

EH (Malaysia) - - Tinta -

“Is something wrong?” tanya Ben. Julia senyum. Tawar. “Memang you pandai baca orang kan? Sebahagian daripada kerja you, mungkin?”

Ben kaget. Dia nak jawab, “Memang pun. Sebagai penulis, kena rajin buat pemerhatian.” Tapi Ben yakin Julia tak cakap pasal tu. Dan apa yang bermain di fikiran Ben sekarang ni ialah – demmit, how...?

Julia memalingkan skrin komputernya untuk menghadap Ben. Di atas skrin, terdapat satu e-mel yang ditujukan kepada Julia daripada... Liya!

E-mel yang bermula dengan mohon maaf tu telah berlanjutan dan menceritakan tentang kisah Liya menggunakan perkhidmatan Agensi Curi Jodoh – termasuk tentang siapa yang terlibat dalam menyatukan Liya dan Khairy (Ya! Ada nama Ben situ!).

Ada lagi perkara penting yang diterangkan dalam e-mel tu – antaranya, penarikan diri Liya daripada kontrak dengan Agensi Curi Jodoh dan perbualan antara Liya dan Khairy yang membuatkan Liya memberi nasihat pada Julia, “Walaupun saya dah tak berminat dengan Khairy, saya tak rasa awak patut teruskan hubungan dengan dia. Tapi kalau awak nak, tu hak awak. Saya cuma nak cakap yang awak mampu dapat yang lebih baik daripada Khairy.”

Memanglah! Pasal tulah aku nak mengurat dia! Tapi dah kau spoilkan untuk aku ni, apahal! Bengong budak Liya ni! Ben mengamuk dalam hati.

“Betul ke apa yang Aliya ni tulis, Ben?” tanya Julia. “Look, Julia...” “Ya atau tak. Tu je yang I perlukan.” “But it’s not as simple as that, Julia...” “Sebenarnya hidup kita ni memang semudah tu, Ben. Betul ke, bohong? I selama ni tak sesuai dengan Khairy? Betul. I mungkin dah taruh hati kat you? Betul. I sanggup nak lalui satu lagi penipuan demi you? Bohong. Mudah je kan?” “Julia...” Julia meletakkan satu sampul surat atas meja. Tertera nama Ben. “I mulamula nak bagi cek, tapi I tak tahu nama yang ada pada resume you dulu ni nama betul ke tak. Jadi, tu gaji you selama you bekerja kat sini – in cash. I’m letting you go as my employee.”

Ben diam. Menunggu. Menunggu apa? Mungkin ni macam babak dalam cerita komedi romantik. Mungkin Julia kata “I’m letting you go as my employee... sebab I tak boleh bercinta dengan pekerja I.” Ada kemungkinan, kan? Kan?

Tapi Julia dah kembali menyambung kerjanya, dan berlagak seolah-olah Ben tiada kat situ. Is this it? Is it really over? Ben tenung muka Julia. Muka profesional, muka wanita bersemangat waja – yang tak lagi memerlukan lelaki dalam hidup dia buat masa sekarang ni. Tak kira Khairy, Ben mahupun manamana lelaki lain.

Dan Ben terpaksa akur dengan keputusan tu.

“Are you sure, Erin?”

Soalan tu datang dari Rouk ketika Erin menyerahkan notis berhenti 24 jamnya kepada Rouk. Erin mengangguk.

“Takkan sebab satu kes huru-hara, kau nak letak jawatan? It was just one case, Erin. Bukan salah kau pun kalau Liya tu buat keputusan nak tarik diri,” Rouk cuba pujuk. Erin senyum. “Bukan sebab tu, Rouk...” Rouk tenung muka Erin. “Ni... pasal hal kau dengan Ben ke?”

“Ada kena-mengena. Tapi bukan la sebab tu je.” “Habis tu?” Erin mengeluh. “Jodoh ni tak boleh dipaksa, Rouk. Dicuri pun tak guna kalau memang tak tersurat untuk kita. Kalau dah pendirian aku macam ni, aku rasa aku dah tak sesuai kerja kat sini. Nanti jadi beban pada kau je nanti, dengan segala prinsip aku ni.” Malah, berterima kasih kerana berjaya membuka mata aku.”

“Ironi sangat tu. Aku yang buat kau sedar, lepas tu aku hilang kau sebagai pekerja terbaik aku,” balas Rouk sambil menggeleng.

“Akan ada yang lebih baik daripada aku, Rouk. Cubalah ambil mana-mana pelakon baru nak naik tu. Kata dengan dia orang kerja ni untuk dia orang praktis berlakon,” sempat Erin berseloroh.

Rouk ketawa kecil. Kemudian dia memandang Erin. “I’m gonna miss having you around, Rin.”

Erin senyum, ikhlas. “I’m gonna miss being around.”

Ben dapat tahu mengenai peletakan jawatan Erin sama seperti orang lain di agensi – melalui papan notis di pejabat Rouk. Ben cuba hubungi Erin, tapi dia dah tukar nombor. Ben cuba tanya Pian, Pian kata dia tak tahu (walaupun Ben suspek Pian tahu sebenarnya, tapi tak nak cakap).

Ben rasa ralat. Ralat sangat sebab Erin hilangkan diri sebelum Ben sempat bercerita tentang situasi Julia pada Erin. Ben rindu kat Erin – sebab selama ni memang Erin tempat dia mengadu. Walaupun Erin dah luahkan perasaan pada Ben, dan Ben balas perasaan tu... tak semestinya diorang patut berhenti berkawan. Ben masih perlukan Erin – sebagai seorang kawan.

Dan fakta tu sendirilah yang membuatkan Erin lenyapkan diri dari hidup Ben. Sebab Erin tahu Ben akan bersikap pentingkan diri macam tu. Ben takkan kisah yang Erin terseksa setiap kali dia bercerita pasal kisah cinta terbarunya pada Erin. Ben akan cuba buat-buat lupa yang Erin dah pun luahkan perasaan pada dia. Kalau diungkit, Ben akan kata, “Please don’t spoil our friendship, Rin.”

Sebab Ben cuma pentingkan apa yang persahabatan Erin boleh bagi padanya – tanpa peduli tentang apa yang dia tak mampu bagi pada Erin. Tak adil, kan? Perhubungan sehala tu namanya. Dan Erin, sepertimana juga Liya dan Julia, tahu yang dia berhak dapatkan yang lebih baik daripada tu. Jodoh tak boleh dipaksa. Jodoh tak boleh dicuri.

Cuma boleh dicari, dijumpai...dihargai dan dinikmati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.