Momen Indah

EH (Malaysia) - - Inspirasi -

ejujurnya bidang kerja perhubungan awam tidak dicipta untuk semua orang kerana tidak semua mampu berhadapan dengan situasi sukar melayan kerenah manusia dengan tenang. Harus sentiasa punya momentum energy dan drive yang konsisten kerana mereka ini mewakili syarikat tempat mereka bekerja. Dan kami di bertuah dapat berkongsi cerita bersama personaliti yang kami bawakan kali ini. Sudah 12 tahun berkhidmat sebagai pegawai perhubungan awam dalam bidang peruncitan fesyen. Daripada jenama mewah Christian Dior dia kini bersama jenama fesyen mewah Amerika Syarikat, Michael Kors. Ariezs P. Khairudin kami dekati bagi berkongsi kisah susah senang menjadi pegawai perhubungan awam.

Bagaimana Bermula?

Semuanya bermula selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya bekerja secara sambilan sebagai pembantu jualan bagi jenama Dior. Tidak lama selepas itu saya menyambung pelajaran di Limkokwing University of Creative Technology dalam bidang seni bina namun hubungan kerja bersama Dior tidak terhenti di situ. Ketika cuti semester mereka menghubungi saya untuk kembali bekerja secara sambilan membantu urusan butik. Setelah tamat belajar saya berkhidmat untuk firma seni bina selama setahun setengah sebelum kembali bersama Dior selama 12 tahun sebelum memutuskan untuk bersama Valiram Group bagi menguruskan jenama Michael Kors. tentu saja saya suka untuk bersiap dan bergaya. Namun sebetulnya kerjaya ini yang membawa saya lebih dekat dengan fesyen. Menghadiri beberapa kursus bagi mengenali sejarah jenama dan bertemu dengan ramai orang secara perlahanlahan membuatkan minat semakin menebal. Saya kira ia sebagai nature process dalam kerjaya yang membawa kita pada satu tahap berbeza dan belajar daripadanya.

Ketika berada di Paris buat kali pertama melihat proses belakang tabir pentas peragaan berlangsung. Ini merupakan salah satu momen yang amat berharga buat saya apabila dapat melihat sendiri semua proses sehinggalah ke hari pertunjukan dilangsungkan.

Bagaimana Hari-Hari Anda?

Bermula dengan menyemak e-mel dan balas semua yang perlu. Kemudian saya perlu update diri dengan melihat apa yang terkini tentang fesyen jadi di sini perlu banyak melihat blog-blog fesyen juga laman web untuk mengetahui berita-berita terbaru dunia fesyen. Selain itu, saya juga keluar untuk mesyuarat, menghadiri acara tertentu dan penggambaran bersama majalah juga yang berkaitan. Jika perlu kembara ke luar negara jadual saya bergantung pada aktiviti yang diatur.

Pelajaran Terbaik?

PR is all about your relationship with people. Perlu sentiasa ada sikap

always have to be nice with people.

Cabaran

Bagi saya cabaran sebenar adalah untuk memahami budaya kerja dan juga ethic value jenama yang saya kelolakan. Ketika bersama Dior saya perlu faham budaya kerja orang Eropah, sejarah dan nilai estetikanya kini bersama Michael Kors pula saya perlu bijak untuk memahami cara serta budaya Amerika agar bersesuaian dengan pasaran tempatan. Di sini saya perlu tahu cara yang betul bagaimana untuk berhadapan dengan budaya juga cara kerja yang berbeza dan sentiasa bersedia dengan sebarang krisis yang tidak dirancang terjadi.

Inspirasi Anda?

Ikon

Nasihat

Positive people! Bagi saya sangat penting untuk dikelilingi individu yang punya aura positif kerana ia refleks kepada personaliti seseorang itu dan dari situ ia mempengaruhi etika kerja dan sikap seseorang.

Secara umumnya saya kagum melihat wanita-wanita yang berjaya. Antara yang saya sentiasa look forward adalah Carine Roitfeld. Saya melihat dia sebagai individu kreatif yang sentiasa berani tampil dengan idea-idea yang avant-garde dan provokatif. Walau pada awalnya orang melihat apa yang dilakukan sebagai sesuatu yang di luar kebiasaan but at the end of the day hal tersebut menjadi kelebihannya.

Pertama perlu ada minat dan kedua jangan sesekali fikir bekerja bersama label fesyen mewah membuatkan anda sebahagian daripada dunia glamor. Ia menuntut kerja keras dan inisiatif sendiri bagi menyempurnakan tugasan yang diberi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.