PENCAPAIAN TERBAIK YANG ANDA BANGGAKAN SEPANJANG 2013?

EH (Malaysia) - - Lelaki Bulan Ini -

Memiliki program sendiri di saluran Asian Food Channel (AFC). Saya selalu membayangkan untuk bekerjasama dengan saluran ini dan sejujurnya saya bangga dengan pencapaian ini.

HARAPAN 2014?

Insya-Allah akan ada beberapa lagi program bersama AFC dan merangka kandungan bagi program-program yang ada. Fokus saya masih pada kualiti persembahan yang dibuat secara keseluruhan.

LOKASI PERCUTIAN YANG ANDA IMPIKAN?

Saya akan ke Bali tidak lama lagi untuk berehat. Tahun ini saya tidak begitu punya banyak masa untuk bercuti kerana jadual penggambaran yang padat dan aktiviti menguruskan restoran. Jadi percutian di Bali ini sudah sempurna buat saya.

ITEM PENTING DIBAWA KALA BERCUTI?

Muzik. Saya tidak boleh membayangkan hari tanpa muzik termasuklah ketika bercuti. Instrumental hip-hop adalah yang terbaik untuk saya.

LEBIH SELESA BERCUTI SENDIRIAN, BERSAMA TEMAN ATAU KELUARGA?

Sendiri kerana kos percutian bukanlah sedikit. So if I choose to travel with you, I must like you very much!

TERAPI TERBAIK MENGHADAPI TEKANAN KERJA?

Playstation 3 kerana dengan ini sahaja saya dapat melupakan seketika tentang kerja setelah penat bekerja 12 jam tanpa henti!

WANITA TERBAIK DI MATA ANDA?

Sukar untuk saya jawab soalan ini kerana saya dibesarkan tanpa ibu. Jadi mungkin nenek dan makcik-makcik saya.

NASIHAT TERBAIK YANG PERNAH ANDA TERIMA?

Daripada ayah saya sendiri – ‘Put everything back in its place’. Dia seorang yang bijak dan banyak yang telah disampaikan pada saya sejak kecil lagi, membuatkan diri saya menjadi lebih terurus.

KEMBARA TERBAIK DALAM HIDUP ANDA?

Saya sering dikelilingi oleh ramai orang setiap hari. Baik tika sibuk di set lokasi mahupun di restoran jadi saya fikir ketika saya dapat bersendirian adalah masa terbaik. Saya dapat berehat dan berfikir dengan lebih tenang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.