NG PEMENA "CATWALK TO SIDEWALK" MAYBELLINE KE KOTA NEW YORK

EH (Malaysia) - - Berita Acara Cantik -

Sebagai usaha untuk memberi inspirasi kepada wanita muda Malaysia dalam mengekspresikan diri mereka menerusi solekan, Maybelline New York baru-baru ini menganjurkan peraduan ‘Catwalk to Sidewalk’. Tiga gaya pencetus trend dari pentas peragaan New York telah diilhamkan semula oleh Maybelline untuk memberi inspirasi dan menyuntik semangat keberanian kepada para gadis tempatan. Mereka telah mengekspresikan diri mereka dengan menggunakan produk Maybelline bagi mencipta versi gaya jalanan Kuala Lumpur mereka sendiri berdasarkan tiga gaya solekan ikonik iaitu ‘New York’, ‘Graffiti’ dan ‘Liner Junkie’. Nur Fitriah binti Omar, 20 tahun dan Ruwaida Ruzlan, 22 tahun mengungguli pertandingan setelah mengharungi cabaran di pentas peragaan yang berlangsung di Neverland Club. Setiap pemenang menerima hadiah berupa lawatan ke New York. Di sana mereka akan berpeluang untuk menghadiri Minggu Fesyen New York pada bulan Februari 2014.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.