SUNSILK UMUMKAN PEMENANG PERTANDINGAN SUNSILK LIVELY CLEAN DAN FRESH HIJABKU, GAYAKU

EH (Malaysia) - - Berita Acara Cantik -

10 pereka dan 10 model adalah 20 peserta terbaik yang disenarai pendek dalam pertandingan Sunsilk Hijabku, Gayaku. Pertandingan ini adalah sebahagian daripada kempen Lively Clean and Fresh Sunsilk bagi tahun ini, bertujuan membantu bakat-bakat muda Malaysia mengukir impian mereka dengan memberikan mereka keyakinan untuk merebut satu peluang istimewa. Muhammad Ridzuan bin Alias, pemenang pereka berkata “Saya benar-benar berterima kasih kepada Sunsilk di atas peluang yang hebat ini. Ini merupakan satu batu loncatan untuk saya dalam bidang reka bentuk fesyen dan mentor Hijabku Gayaku telah banyak mengajar saya.” Sementara itu pemenang bagi kategori model juga turut menyatakan, “Saya tidak pernah menyangka saya akan memenanginya. Hijabku,Gayaku telah membuat saya lebih yakin dan saya teruja dengan peluang yang akan datang,” kata Nurul Syifa @ Siti Aishah binti Ahmarofi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.