INSTANT FAIR DARI E UNTUK VASELIN KECERAHAN BERPANJANGAN

EH (Malaysia) - - Berita Acara Cantik -

Vaseline Instant Fair diperkenalkan untuk memberikan wanita kulit yang lebih cerah dengan segera dan berterusan. Penyelesaian pencerah kulit revolusi baharu ini mempunyai dua faedah berganda yakni pencerahan kulit segera dan juga membuat kulit empat kali lebih cerah. Vaseline Instant Fair ialah yang pertama di dunia yang dapat memberikan hasil pencerahan yang berkesan dan dengan serta-merta. “Kami sentiasa memperbaharui produk kami untuk memberikan wanita penyelesaian penjagaan kulit yang lebih berkesan. Vaseline memahami kehendak ramai wanita Malaysia yang mahukan kulit lebih cerah. Menyedari hakikat ini, Vaseline Instant Fair dihasilkan untuk memberikan wanita dorongan keyakinan yang lebih dengan kulit yang lebih cerah dengan segera dan berterusan,” kata Chong Yen Nee, Pengurus Jenama (Penjagaan Kulit), Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.