PEMENANG PENCARIAN MAKEUP ARTIST AVON

EH (Malaysia) - - Berita Acara Cantik -

Avon mengumumkan Khairiatul Akibah Shiari dari Johor sebagai Juara pusingan akhir Pencarian Makeup Artist Avon 2013 yang berlangsung di Royale Bintang The Curve Hotel. Visi pertandingan ini adalah untuk mencari jurusolek paling berbakat dan telah bermula sejak September tahun lalu. Di pusingan akhir yang lalu, seramai 30 jurusolek terbaik berentap bagi membuktikan kebolehan masing-masing menggunakan produk Avon sepenuhnya berdasarkan tema ‘Pesona Batik’. Selaras dengan kempen terbaru Avon, “You Make It Beautiful”. Rangkaian mekap Avon terkini adalah hasil kerjasama gigih antara Avon Inc. New York dan jurusolek selebriti Hollywood, Lauren Anderson. Mandy Cupper, Ketua Pemasaran Komersial Avon, Zulfazli Suhadi dan Nasha Aziz antara juri yang dipilih untuk menghakimi pertandingan ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.