RAHSIA KULIT SIHAT & SEGAR

Enchanteur Paris tampil dengan inovasi baru Paris sebagai pelengkap penjagaan rutin wanita moden.

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Rejim penjagaan kulit bukan terhad pada kulit muka sahaja, kulit badan juga perlu dibelai agar anda dapat mengekalkan kecantikan dan keremajaannya. Malah dengan cuaca di Malaysia yang tidak menentu serta gaya hidup wanita urban yang sibuk menjadikan rutin penjagaan kulit bukan sahaja perlu efektif malah praktikal. Terbaru, Enchanteur Paris memperkenalkan rangkaian terbaru serum dan losen badan yang dicipta untuk memenuhi keperluan kulit wanita moden. Selami belaian yang diperlukan untuk kulit anda daripada empat variasi terbaru serum dan losen badan Enchanteur Paris. SATU SERUM DENGAN KEBAIKAN BERGANDA Ramai wanita mengelakkan aktiviti luar, memilih pakaian tertutup serta membawa payung ke mana sahaja sebagai langkah untuk mengelakkan pancaran sinaran UV. Serum badan Enchanteur Paris All-In-One Whitening Body Serum

dengan SPF24++, memberikan kulit anda perlindungan matahari, mencerah dan melembabkan kulit selama 24 jam untuk kulit lebih cerah, halus dan berseri. Kandungan SPF 24++ produk ini melindungi kulit daripada bahaya sinar UVA dan UVB yang menyebabkan ton kulit gelap serta pati Likuoris yang mencerah dan meratakan ton kulit. Ia juga diperkaya dengan penghidratan Hyaluronik iaitu bahan pelembap terkenal digunakan di dalam produk pembersih wajah pertama kali diformulakan dalam serum badan ini. PENCERAHAN BERFORMULA MENCERAH TIGA KALI GANDA Bahagian-bahagian tertentu badan wanita adalah lebih gelap dari bahagian lain terutamanya lutut, siku dan di belakang leher. Losen Badan Enchanteur Paris Triple Whitening dengan paduan hebat pati sakura, likuaris dan vitamin B3 bertindak secara berterusan menghasilkan tiga manfaat mencerah, membuat ton kulit lebih sekata dan bermaya. Manakala Vitamin B3 yang menyekat pembentukan melanin bagi mencegah pigmentasi. PERBAIKI KEANJALAN KULIT DAN MERAWAT KULIT ROSAK DALAM SATU MALAM

Losen Badan Enchanteur Paris

Firm & Repair memberikan anda kulit yang sentiasa sihat dan bermaya serta diperhebat dengan Micro Collagen yang membantu memperkuat dan memperkaya tisu badan sambil mengekalkan keanjalan kulit agar sentiasa kelihatan muda. Swiss Edelweiss pula melindungi kulit daripada radikal bebas akibat sinaran UV dan bertindak secara pro-aktif dalam satu malam untuk merawat kulit yang rosak. SEGAR & TIDAK MELEKIT DENGAN PERLIDUNGAN UV Penggunaan produk perlindungan sinaran UV yang lazimnya melekit dan tidak meresap sepenuhnya membuat badan rasa tidak selesa. Losen Badan Enchanteur Paris Light & Fresh dengan perlindungan UV optimum membuatkan anda berasa segar dan yakin. Berformulakan air, produk ini mudah meresap ke dalam kulit, menjanjikan penampilan kulit yang tidak melekit mahupun berminyak. Pati Likuaris dalam produk ini memberikan dan mengekalkan ton kulit cerah. Usah gusar kulit akan kering, pati aloe vera dalam rumusan losen ini mampu mengekalkan kelembapan kulit. Haruman yang segar menyempurnakan lagi losen ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.