BESARNYA JERAWAT!

Ralit membelek wajah, tiba-tiba baru perasan ada jerawat di bahagian dahi. Sakit pula bila diusik. Ingin tahu mengapa ia berlaku?

EH (Malaysia) - - Kesihatan -

Ramai yang beranggapan jerawat tumbuh di muka kerana ketidakseimbangan hormon atau akibat tidak menjaga kebersihan wajah. Ada juga yang membuat kesimpulan bahawa pencuci muka yang digunakan tidak serasi dengan kulit. Namun, ketahuilah kecantikan dan kesihatan tubuh badan kita bermula daripada dalam. Jerawat yang tumbuh di bahagian tertentu wajah mungkin memberi petunjuk organ dalaman yang tidak sihat. 1 DAHI Sejurus dapat tahu ada jerawat di bahagian dahi, banyakkan meminum air masak. Jerawat di bahagian ini menandakan sistem penghadaman yang tidak beroperasi dengan sempurna dan kekurangan kandungan air dalam badan. Air masak membantu menyingkirkan toksin dalam badan. Seeloknya, minum lapan gelas besar air masak sehari dan elakkan minuman berkafein dan berkarbonat. Mungkin anda boleh cuba untuk mengamalkan teh hijau tanpa gula. 2 ZON-T Ia merangkumi bahagian atas kening, hidung sehingga pipi. Zon ini diketahui kawasan paling berminyak pada wajah. Jika ada jerawat besar di bahagian ini, kemungkinan sistem organ hati tidak berfungsi dengan baik. 3 SEKELILING MATA Kawasan ini adalah bahagian kulit wajah yang paling sensitif dan lembut. Lingkaran hitam pada mata menunjukkan ketidakseimbangan sistem buah pinggang dan nyahhidrat. Banyakkan minum air masak dan kurangkan pengambilan air manis. 3 PIPI BAHAGIAN ATAS: Ia bersambung terus dengan sistem pernafasan iaitu paru-paru. Jerawat di kawasan ini menandakan anda menghirup terlalu banyak udara kotor, terutamanya bagi mereka yang merokok. Selain itu, penggunaan telefon yang membuatkan anda lekapkan telefon pada pipi menyebabkan kotoran melekat di pipi dan menyumbatkan pori muka. Dinasihatkan juga menukar alas bantal setiap minggu bagi mengelakkan kotoran terkumpul berpindah ke wajah anda. Lebihkan memakan sayuran seperti kubis, tauge dan labu. 4 PIPI BAHAGIAN ATAS: Uniknya, ia berkaitan terus dengan kesihatan gigi. Jika anda mempunyai masalah dengan gusi, masalah jerawat lebih ketara. Amalkan menggosok gigi dengan betul serta flos gigi. Kurangkan pengambilan air manis dan bergas. 5 HIDUNG Jantung bersambung dengan deria hidung. Jerawat besar dan menyakitkan menandakan tekanan darah tinggi. Jauhi minuman yang memberi tenaga. Kurangkan garam dalam makanan dan banyakkan pengambilan buah serta sayuran. 6 TELINGA Deria ini bersambung terus dengan organ buah pinggang. Jerawat di bahagian telinga menandakan anda kurang minum air masak. Kurangkan pengambilan garam dan kafein. 7 DAGU Jika ada jerawat di bahagian dagu, ia menunjukkan ada masalah di bahagian usus kecil anda. Ia disebabkan diet makanan harian yang diambil. Jauhi makanan berunsurkan tenusu dan berminyak. Jelas bahawa anda makan secara melulu dan tidak berkhasiat. Lebihkan sayuran dan buahan dalam menu harian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.