“Pakar Sakit Hati”

BHG 1: SANDRA DAN MAX

EH (Malaysia) - - Tinta -

kibat jet lag selepas pulang bercuti di Eropah, Dr. Sandra nyaris tersengguk mendengarkan cerita kliennya, Wani (yang sebenarnya sama saja dengan cerita-cerita dia dalam sesisesi kaunseling yang terdahulu).

“Saya dah banyak kali cakap kat dia, tinggalkan saja saya! Tapi dia degil!” suara Wani yang melebihi desibel sihat telinga manusia itu berjaya membuatkan Dr. Sandra terjaga.

“Calm down, Wani. Ingat relaxation technique yang saya ajar tu?” pesan Dr. Sandra.

Wani menutup mata dan menarik nafasnya. Buku limanya digenggam kuat-kuat dan dia mengira sehingga 20, kemudian melepaskan nafas dan genggamannya perlahan-lahan. Setelah membuka mata, Wani kelihatan lebih tenang.

“Cuba ceritakan semula, kenapa awak beria-ia nak Halim tinggalkan awak?” tanya Dr. Sandra.

“Sebab saya ni manusia tak guna! Pemarah, kuat bebel, tak support dia buat apa-apa pun! Apa pasal dia nak lagi kat saya?”

“Cuma Halim yang boleh jawab soalan tu. Awak pernah tanya dia?”

“Dah. Dia cakap dia nampak benda-benda positif dalam diri saya, dan satu hari nanti saya akan nampak benda-benda tu juga. Tapi saya yakin hari tu takkan sampai! Jadi sebelum dia rasa yang saya ni macam beban, elok dia tinggalkan saja saya!”

Masuk kali ni, sudah berapa kali Dr. Sandra dengar cerita ini? Sudah lebih 10 kali. Wani dan Halim masih lagi bersama. Perkahwinan yang dah dibina selama dua tahun itu masih kekal – setiap kalinya ura-ura yang mereka akan berpisah, tapi tak jadi. Mungkin sebab Dr. Sandra memberikan rawatan yang efektif sebagai kaunselor.

Tapi hakikatnya, ada sesetengah pasangan yang walau bagaimana sekalipun tak nampak serasi (dan mungkin akan mengalami pergaduhan sepanjang hayat mereka), Dr. Sandra yang mengamalkan reflective therapy tidak mampu hendak menasihatkan pasangan itu untuk memilih jalan yang lebih baik – berpisah. Sebaliknya, Dr. Sandra cuma mampu membuatkan pasangan tersebut merenung kembali segala perasaan, tutur kata dan tindakan masing-masing. Keputusan untuk kekal bersama ataupun tidak, terpulang pada pasangan tersebut.

Seperti pasangan Wani-Halim, Dr. Sandra sudah masukkan dalam fail TDDD sebenarnya – Tak Dapat Dibantu Dah. Kes Wani-Halim adalah kes klasik antara seseorang yang mengalami Borderline Personality Disorder (Wani) dipadankan dengan Narcissistic Personality Disorder (Halim).

Wani merupakan seorang yang sentiasa mempunyai hubungan sesama manusia yang kurang stabil dek kerana perasan curiganya

sendiri, kadangkala diikuti dengan sikap agresif. Tetapi pada masa yang sama, orang macam Wani ni juga merasakan dirinya perlu didampingi oleh seseorang yang rapat dan kalau boleh, memahaminya.

Sementara Halim pula seorang yang mempunyai pandangan terlalu tinggi terhadap dirinya sendiri, sehingga dia merasakan yang dia boleh menjadi hero atau penyelamat dalam hidup seseorang. Bila bertemu dengan seseorang yang kurang stabil seperti Wani, Halim akan merasakan yang dia satu-satunya manusia yang boleh mengubah nasib dan perangai Wani.

Dalam perhubungan ini, Wani akan sentiasa mengambil kesempatan ke atas toleransi Halim terhadapnya, sekaligus terus bersikap abusive terhadap Halim. Halim pula akan menganggap ini sebagai cabaran atau dugaan yang harus ditempuhi oleh seorang

hero untuk akhirnya mendapat pengiktirafan sebagai seorang manusia yang berwibawa.

Begitulah kitarannya – sampai salah seorang ‘blah’ dari perhubungan ini. Tapi selalunya, tiada siapa yang akan ‘blah’. Hendak tengok bukti?

“Maaf, saya sekadar bertanya...tapi kenapa awak selalu suruh Halim tinggalkan awak? Kenapa tak awak saja yang tinggalkan dia?” tanya Dr. Sandra (walaupun dia dah tahu jawapannya).

Wani mengeluh. “Saya...tak boleh hidup tanpa dia. Dia saja yang tahan dengan kerenah saya. Dia saja yang boleh terima saya seadanya. Kalau saya tak ada dia, siapa lagi yang ada dalam hidup saya?”

Dr. Sandra sempat mengerling jam tangannya. Ada sejam lagi sebelum sesi ni berakhir. Haihhhhh... Dr Sandra mengeluh panjang dalam hati.

“Max! Mana boleh kau cakap macam tu...”

Dr. Sandra mengeluh sewaktu makan tengah hari dengan rakan sekerja, juga satusatunya partner dalam klinik kaunselingnya ni - Dr. Maxfuz atau lebih dikenali dengan nama Dr. Max (Maxfuz tu sebab salah eja kat Pejabat Pendaftaran dulu – asalnya Mahfuz).

“Dah memang dia gemuk! Takkan aku nak cakap dia kurus!” balas Dr. Max sambil melahap nasi campurnya.

“Masalahnya dia klien, Max,” keluh Dr. Sandra lagi, walaupun dia tahu keluhan tu jatuh ke sepasang telinga tuli berbentuk capang milik Dr. Max.

Berbeza dengan Dr. Sandra yang menggunakan reflective therapy, Dr. Max menggunakan ‘sound direct therapy’ (tidak terdapat dalam mana-mana buku psikologi, percayalah). Dr. Max, walaupun lima tahun lebih muda daripada Dr. Sandra, dah jelak dengan pasangan-pasangan bermasalah yang menjadi klien mereka ni. Dia rasa yang klien dia ni semua tak masuk akal – dah tahu mereka tu tak serasi, siapa suruh kahwin? Okey, mungkin lepas dah kahwin baru tahu perangai sebenar. Kalau tak berkenan, cerai saja lah! Buat apa hendak menyeksa diri usahakan juga? Itu yang membawa ke kes dera. Ini pandangan peribadi Dr. Max.

Dr. Sandra pernah tanya Dr. Max, waktu mereka mulakan klinik ni sama-sama lebih kurang 10 tahun dulu – kenapa jadi pakar psikologi kalau tak suka kerja ini? Dia jawab, “Dulu aku ingatkan kalau kerja ini, bolehlah aku rasa lagi superior daripada makhlukmakhluk ‘mereng’ ini semua. Rupanya makin gila aku dibuatnya.”

Dr. Sandra tak salahkan Dr. Max. Dia sendiri yang berkecimpung dalam bidang ni, kadang-kadang pun boleh naik jeran. Jeran tak apa juga, ini sudah sampai naik fobia dengan institusi perkahwinan dek kerana dok merawat pasangan bermasalah. Pasal itu lah dah umur 40, Dr. Sandra masih tidak kahwin-kahwin lagi.

Dr. Max pernah berkahwin, tapi dah cerai. Bini dia tak tahan dengan ‘sound direct therapy’ dia. Kata Dr. Max, dia lebih bahagia hidup tanpa terikat dengan sesiapa. Sekaligus meyakinkan Dr. Max akan keberkesanan ‘sound direct therapy’-nya tu.

“Kalau dah punca masalah perkahwinan dia orang adalah sebab bininya gemuk, aku kenalah cakap terus-terang kan? Kalau dia orang tak sedar puncanya, macam mana nak selesaikan masalah?” Dr. Max sambung bebel pasal kliennya tadi.

“Takkanlah punca masalah perkahwinan dia orang sebab bini dia gemuk!”

“Dia sendiri yang complaint laki dia dah dingin dengan dia.”

“That doesn’t mean it’s because she’s fat...”

“Come on lah, Sands! Dunia ni ‘rupalistik’, tahu? Daya penarik itu penting!” tegas Dr. Max. Dia meratah sayur-sayuran di tepi pinggannya sambil menyambung, “Kau patut tengok gambar dia masa mula-mula kahwin, banding dengan sekarang. Dulu dia

hot kot! Sekarang dah macam ikan paus. Jangankan laki dia, mak dia sendiri tengok pun menyampah agaknya.”

“Max!”

“Anyway, during my isolated session with the husband... memang laki dia mengaku dah tak tertarik dengan bininya sebab bini dia gemuk. Aku cuma sampaikan. She

needs to know that.”

“Ya lah, tapi patutnya kau sampaikan

benda tu masa isolated session dengan bini dia, bukan masa sesi dia orang sama-sama! Tak pasal-pasal dia orang makin bertekak dalam ofis kau tu. Kecoh satu klinik!” tegur Dr. Sandra.

“Bagus apa dia orang luahkan semua perasaan negatif tu waktu masih dalam sesi dengan aku. Daripada dia orang baling pinggan mangkuk, keluarkan parang semua masa dah kat rumah, kan?”

Dr. Sandra mengeluh lagi, sementara Dr. Max senyum nakal.

“Sands, tak payah nak jaga sangat reputasi klinik kita tu. Orang semua memang dah tahu itu tempat untuk pasangan bermasalah. Sekadar dengar orang bertekak, perkara biasalah,” Dr. Max cuba memujuk.

Dr. Sandra senyum sikit. Hakikatnya memang logik pun apa yang Dr. Max cakap tu. Dr. Max memang macam tu – logik dan praktikal.

Di ketika tu, masing-masing tak menduga yang tak lama lagi, mereka akan dapat klien yang langsung tak logik, dan mungkin tak boleh diselesaikan dengan cara yang praktikal...

“You want me to take the BN couple off your hands?” tanya Max ketika memandu semula ke klinik lepas makan tengahari. ‘BN couple’ ni merujuk kepada pasangan WaniHalim (Borderline-Narcissistic).

Dr. Sandra ketawa. “Apa kau nak cakap dengan dia orang?”

“Hmmm...untuk Wani tu, perkara pertama yang aku nak cakap ialah dia tak lawa. Ugly people can’t afford to have personality disorders.”

“Max!” Dr. Sandra menepis bahu Dr. Max sambil ketawa.

“Betul! Selalunya orang yang tak berapa lawa ni, what do they have going for them? Kind heart, good personality... kan? Kalau dah ada personality disorder, kan payah tu!”

“Tapi dapat dia tangkap si Halim tu buat laki.”

“Sebab Halim tu masochist! Suka mentalemosi dia didera dek Wani tu.”

“Hmmm... kat Halim pula, kau nak cakap apa?”

“Aku nak cakap, tolonglah cari orang lain yang boleh hargai messiah complex dia tu. Banyak lagi anak-anak yatim yang lebih memerlukan,” kata Dr. Max sambil meletakkan kereta di depan klinik.

Dr. Sandra dan Dr. Max keluar dari kereta dan berdiri seketika di hadapan klinik yang mereka bina bersama itu. Memang menjadi ritual setiap kali mereka balik dari makan tengahari. Mereka akan merenung tempat kerja mereka, seolah-olah cuba mengingat kembali segala kesungguhan untuk membina tempat itu dulu – supaya mereka tidak lupa yang klinik ni dimulakan dengan semangat waja, bukan dengan rasa menyampah yang sekali-sekala menyelinap ketika bekerja di situ.

Dr Sandra pandang Dr. Max. Dr. Max pandang Dr. Sandra. Mereka senyum, dan melangkah masuk ke dalam klinik.

Dan hari itu, bermulalah sebuah kes aneh untuk Dr. Max...

NADIA KHAN Nadia Khan seorang pengajar dalam bidang perubatan memiliki minat mendalam dalam bidang penulisan. Namanya mendapat perhatian penggemar Sastera Melayu Moden dengan debutnya Kelabu diikuti antologi cerpennya berjudul Cerpen yang kedua-duanya diterbit oleh Buku Fixi. Agensi Curi Jodoh merupakan tulisan khususnya buat pembaca

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.