SERI NAZIRA

EH (Malaysia) - - Selebriti -

“Saya mahu menambah berat badan. Sekarang berat 45kg, 2014 mahu berat 55kg. Kemudian nak kurangkan beli kasut supaya dapat jimatkan ruang di rumah dan dalam masa yang sama sebenarnya tidak mahu membazir. Lebihkan aktiviti bersukan, tahun-tahun sebelumnya memang tak nampak perkataan bersukan itu, jadi tahun 2014 adalah permulaan sukan paintball dan badminton yang dah lama seri tinggalkan. Kemudian mahu menambah aset yang ada dan berharap misi ini tercapai sebelum mencecah usia 40 tahun. Saya juga merancang mahu banyakkan aktiviti amal dan yang pasti ingin jadi yang terbaik dan juga disenangi, juga berbakti kepada keluarga.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.