Litupan Sempurna

Sama ada anda inginkan ton kulit sekata, garis-garis halus berkurangan atau kulit tidak lagi kemerahan, CC Cream adalah jawapan terbaik kepada pencarian anda.

EH (Malaysia) - - Wangian -

Kecantikan bermula dengan bagaimana anda melihat diri sendiri. Seseorang tampak lebih menawan dan anggun jika punya keyakinan diri yang memancar dari dalam. Chanel CC Cream Complete Correction SPF30/PA+++ direka dengan kombinasi kelebihan produk penjagaan kulit beserta solekan untuk gaya semula jadi sebagai ‘item’ bantuan untuk menjadikan wanita berasa lebih yakin.

Selepas kejayaannya pada 2011, rangkaian ini kembali dengan warna baru yang lebih cerah dengan sentuhan merah jambu khas untuk kulit orang Asia iaitu 12 Beige Rosé dalam tiub bersaiz 30 ml. CC Cream ini hadir dengan tekstur yang ringan dan tidak berminyak, memastikan setiap sapuan memberi rasa yang selesa dan kekal lama. Jadi tidak hairanlah jika kulit kelihatan lebih berseri secara semula jadi, ton lebih sekata dan sempurna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.