LEIGHTON MEESTER DUTA BARU BIOTHERM

EH (Malaysia) - - Berita Acara Cantik -

Pelakon drama bersiri popular Gossip Girl, Leighton Meester disunting sebagai jurucakap global jenama penjagaan kulit mewah, Biotherm. “Leighton Meester adalah ikon kontemporari, bintang muda yang menyerlah dengan bakat semula jadinya malah dia juga seorang yang bertenaga dan cantik, dia calon sempurna untuk mewakili generasi muda kini”, kata Pengurus Besar Antarabangsa, Biotherm, Patrick Kullenberg. Kata Meester pula “apa yang saya suka mengenai Biotherm adalah ia sentiasa berubah mengikut kehendak semasa. Saya rasa ia sangat bagus, dan saya berbangga untuk menjadi sebahagian daripada keluarga jenama ini.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.