ANJAL & BERSERI

Kembalikan keyakinan penampilan anda dengan wajah bentuk hati dan kontur V tanpa perlu menjalani pembedahan.

EH (Malaysia) - - Berita Acara Cantik -

Boleh dikatakan setiap wanita mahukan wajah yang lebih muda. Menurut Assiociation for Psychological Science, wajah yang menawan dikenal pasti melalui struktur wajah yang sihat. Malah, wanita yang mempunyai tulang pipi yang tinggi, punya mata nan galak, hidung kecil, dahi luas, kulit lembut dan wajah keanakanakan dikatakan paling menawan.

CIRI-CIRI WAJAH BERBENTUK HATI Di kalangan orang Asia khususnya di Korea, Hong Kong dan Taiwan, wajah berbentuk ‘ V’ dianggap sebagai kecantikan feminin. Manakala di Amerika Syarikat dan Eropah, tulang pipi yang tinggi dan pipi tembam dianggap cantik kerana kulit tidak nampak kendur.

KENAPA WAJAH BERBENTUK HATI? Bentuk wajah ini menjadikan Penemuan terbaru Origins dalam teknologi penjagaan kulit menampilkan deratif tumbuhan yang digabungkan dengan kompleks asid hialuronik yang membantu mengembalikan keserian wajah. Origins memperkenalkan Plantscription™ Powerful Lifting Cream yang bertindak untuk penampilan seseorang wanita lebih muda. Jika diperhatikan, wajah sebegini menjadi pilihan untuk muncul di dalam video muzik, filem, majalah serta pertandingan ratu cantik. Oleh kerana itu, ramai wanita sanggup mengambil langkah drastik seperti pembedahan plastik dan suntikan untuk memiliki wajah sedemikian.

BANTUAN DARIPADA ORIGINS Lifting cream membantu mengembalikan penampilan kulit yang lebih muda, dan pada masa yang sama mengelakkan kesan penuaan. Krim ini digunakan untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan dari awal dan digalakkan digunakan bersama-sama produk penjagaan kulit. Jika anda khuatir dengan kulit kendur dan kusam, Plantscription™ Powerful Lifting Cream bakal menjadi produk kegemaran anda. mengurangkan kemunculan garis-garis halus, mengembalikan volum agar kulit lebih tegang, membentuk kontur wajah sambil melembapkan kulit.

Apabila umur semakin meningkat, kulit mula hilang elastin dan kolagen. Krim ini menyerap jauh ke dalam lapisan kulit untuk menyokong kolagen dan elastin semula jadi. Kandungan yang digunakan dalam produk ini dipilih kerana kebolehannya untuk mengoptimumkan kelebihan produk penjagaan kulit. Malah ia menggalakkan air menyerap dalam lapisan kulit serta mengukuhkan lapisan kulit agar kulit tampak lembut dan sihat.

Menurut kajian klinikal, 92 peratus pengguna yang menggunakan Plantscription™ Powerful Lifting Cream mendapati garis-garis halus mula berkurangan dan kontur wajah lebih terbentuk dalam masa dua minggu. Malah Plantscription™ Powerful Lifting Cream juga:

Mengembalikan keremajaan dengan menganjalkan keseluruhan kulit sebanyak 69 peratus dan 47 peratus di bahagian dagu.

Tulang pipi lebih tinggi untuk bentuk wajah hati.

Mengembalikan volum dan mengurangkan kekenduran kulit.

Kulit lebih anjal dan tegang dalam masa 4 minggu.

Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus dalam masa 2 minggu.

Meningkatkan kekuatan lapisan kulit sebanyak 68 peratus. Melembapkan kulit sebanyak 71 peratus. Mengurangkan kehadiran garis senyuman. Plantscription™ Powerful Lifting Cream boleh digunakan sebagai krim siang atau/ dan malam sebagai formula emolien yang memberikan lembapan serta memberi keanjalan dan kontur pada wajah. Sapu pada wajah mengarah ke atas, dan tumpu pada bahagian dagu dan pipi untuk wajah lebih tegang. Plantscription™ Powerful Lifting Cream boleh dimiliki dengan harga RM255.

MENGENAI ORIGINS Misi utama di Origins ialah untuk menghasilkan rangkaian penjagaan kulit semula jadi efektif yang dikuasakan oleh alam semula jadi dan diperakui oleh sains. Mereka menggunakan tumbuhan yang berkesan, kandungan organik dan minyak pati 100 peratus semula jadi.

PLANTSCRIPTION™ YOUTH-RENEWING FACE OIL Plantscription™ Youth-Renewing Face Oil merupakan produk baru dalam rangkaian Plantscription TM yang bertindak mengurangkan garis-garis halus, mengukuhkan lapisan kulit, meningkatkan keserian wajah dan memberi tenaga pada kulit. Formulanya yang ringan menggunakan ekstrak tumbuhan yang menyerupai lipid semula jadi kulit untuk menyerap lembapan. Produk ini membantu mengembalikan lapisan lipid tersebut agar kulit kelihatan lebih lembut, kuat dan anjal. Harga pasaran: RM225 (30ml).

PLANTSCRIPTON™ ANTI-AGING SERUM Kembali di pasaran Plantscription™ Anti-Aging Serum diuji secara klinikal dan mampu mengurangkan kedutan sebanyak 88 peratus tanpa memberi kesan yang tidak ingini oleh kulit seperti sensitif terhadap matahari, kulit mengelupas, terbakar, pedih, kemerahmerahan, kering dan kegatalan. Produk ini diuji menerusi kajian pelanggan selama 20 minggu di kalangan wanita berusia 42 hingga 63 tahun. Selepas penggunaan, 51 peratus mendapati kedutan dan garis-garis halus mula berkurangan dalam masa 4 minggu sahaja. Produk ini sesuai untuk semua jenis kulit dan digalakkan digunakan setiap pagi dan malam. Harga pasaran: RM265 (30ml) dan RM350 (50ml).

Mengembalikan keremajaan, keanjalan dan volum kulit untuk bentuk V moden, iaitu wajah bentuk hati sempurna.

Mengurangkan kekenduran kulit.

Mengurangkan kehadiran garis senyuman di sekeliling mulut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.