Secantik Bella Dally

ANTARA SELEBRITI YANG BUAT KITA TIDAK JEMU MEMANDANG, SEMAKIN LAMA SEMAKIN TERSERLAH PESONANYA.

EH (Malaysia) - - Jurnal Cantik -

Nama Bella Dally kini kian kerap didengari, selain mempunyai penampilan yang cantik, badan yang langsing Bella juga punyai personaliti yang menyenangkan. Wajahnya tidak pernah lekang dengan senyuman malah agak ramah orangnya! • CANTIK ITU ADALAH? Mungkin agak klise, namun saya percaya bahawa cantik itu bukan sekadar luaran tetapi dalaman. Bagi saya cantik dalaman lebih penting, manakala cantik luaran (fizikal) adalah satu bonus. Contohnya, jika seseorang itu kurang cantik rupa parasnya, tetapi mempunyai sifat yang baik, secara automatik dia akan tampak cantik.

• RUTIN PENJAGAAN WAJAH BELLA?

Wajah sangat penting, kerana sebagai selebriti selain tubuh, wajah adalah aset utama. Jadi saya sering memakai pupur sendiri di rumah selain mencuci wajah agar bersih dari solekan sebelum tidur. Selain itu, jika mendapati wajah saya kusam, saya akan mendapatkan rawatan wajah di spa.

• BAGAIMANA BELLA MENGEKALKAN KECANTIKAN RAMBUT?

Selain mencuci sendiri di rumah, saya juga mendapatkan rawatan rambut di salon supaya rambut kekal sihat.

• ADAKAH BELLA PERCAYA PADA SUPLEMEN?

Ya, saya memang mengamalkan pengambilan suplemen, bagi saya ia sangat penting untuk tubuh kita.

• APA AKTIVITI KEGEMARAN BELLA DI MASA LAPANG?

Jika saya berada di kampung halaman, Kota Kinabalu, saya akan menghabiskan masa di pulau, tetapi jika di sini, saya lebih senang duduk di rumah sahaja dengan menonton filem.

NUVAFEMME BEAUTY FORMULA

L’OREAL MYTHIC OIL SOUFFLE D’OR SPARKLING SHAMPOO

Pulau Manukan

tik Mamu Pulau

KOSE CLEAR WHITENING MASK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.