Kongsikan bersama kami!

‘PERCUTIAN’ BERSAMA EH!

EH (Malaysia) - - Salam - - Mastura Burhanuddin

Sejujurnya saya kurang mahir mengarang ayat manis bak gula-gula. Surat ini terlahir atas rasa berterima kasihnya kami sekeluarga. Oh sebelum terlupa sejak zaman bujang, tunangan, bergelar newly

wed, sehingga dah terlahirnya seorang cahaya mata darjah kesetiaan saya kepada EH! tak pernah melarut hilang. Kekal sama dan berterusan. Saban bulan pasti saya tak pernah ketinggalan menyertai pertandingan yang kalian anjurkan. Tak pernah gagal jemari ini melayari www.eh.com.my/ category/promosi/. Untung-untung siapa tahu ada rezeki menyebelahi. Syukur...hanya Allah S.W.T saja yang tahu isi hati saya.

Saat meneliti satu per satu nama pemenang, saya berpeluang memenangi hadiah utama penginapan 3 hari/2 malam di Swiss Garden Resort & Spa, Kuantan, Pahang (peraduan promosi edisi Julai 2013). Sebenarnya kami merancang untuk cuti-cuti Malaysia, tapi asal dirancang ada saja halangan. Macam tahu-tahu saja, mungkin tuah si kecil kami menumpang dan merasa sama rezeki yang tak dijangka. Kami tiga beranak berpergian hujung Oktober lalu ke Pahang Darul Makmur.

Tiga hari bermukim di sana sengaja kami biarkan si anak lepas bebas bermain di persisiran pantai. Biar terbakar sedikit kulit anak teruna kami pun tak apa. Gembira bukan kepalang, dia jadi ketagihan dengan deru ombak di lautan. Meski itu kali pertama kakinya menjejak pantai. Gambar ini kami layangkan bersama bukti si kecil Eeman gembira dan menikmati percutian ini ihsan kalian. Dek kerana kemenangan ini, suami saya pun telah saya pengaruhi untuk turut sama ‘register’ dan menyertai promosi EH! Kalau dulu dia asyik membebel timbunan EH! yang membukit tinggi di sudut ruang tamu rumah. Sekarang dia tidak punya alasan lagi, kerana ada ‘hasil’ di sebalik EH!. Terima kasih daun keladi EH!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.